berita

[VIDEO] Lebih 8k Perkongsian, Netizen Terhibur Anak Kecil Ini Menangis Nak Bela Babi

October 13th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sebelum ini viral video seorang kanak-kanak perempuan mendesak ayahnya nak kahwin. Telatah kanak-kanak linkungan berjaya menarik perhatian dan rata-ratanya terhibur dengan permintaannya.

Namun lain pula kisah dengan adik ini yang mahu membela haiwan peliharaan sampai menangis teresak-esak meminta kepada ibunya. Yang menjadi masalahnya adalah haiwan yang diminta tidak boleh dibela dan haram disentuh. Aduh lawak betul!

Menangis nak bela b***

Video berdurasi kurang dari seminit itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun menangis kerana ibunya tidak dapat memenuhi permintaannya yang inginkan memiliki seekor binatang peliharaan. Binatang yang dimaksudkan adalah seekor babi dan bukanlah binatang kebiasaan dibela oleh orang lain. Memang ‘rare’ betul minat adik ini!

Rata-rata netizen terhibur dengan telatah adik ini yang mempunyai permintaan pelik-pelik. Memang jarang budak minta nak bela binatang pink itu. Macam-macam lah kau dik, pening ibu nak melayan..

Ni mesti kes tengok kartun

Nak baby kut…

Sumber : Nhazzla Ali

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×