![[VIDEO] Lee Je Hoon, Pyo Ye Jin Kongsi Babak Aksi Penuh Kejutan & Cabaran Dalam Taxi Driver 3](https://asset.ohbulan.com/2025/12/taxi-driver-2.jpg)
Pelakon Korea Selatan Lee Je Hoon dan Pyo Ye Jin berkongsi pengalaman mereka sepanjang menjalani penggambaran drama bersiri popular Taxi Driver musim ketiga.
Artikel Berkaitan: Lelaki Asal Semenyih Berlakon Dalam ‘Taxi Driver 3’, Dialog Bahasa Melayu Raih Perhatian – ‘Memang Dalam Skrip Request’
Artikel Berkaitan: Pelakon Terkenal, Lee Je Hoon Bakal Temui Peminat Di Malaysia September Ini Menerusi JEHOON’s Favorite 2024 Asia Tour
Kagum dengan lakonan
Menerusi temu bual eksklusif, Pyo Ye Jin berkata dia sangat mengagumi cara Lee Je Hoon membawa wataknya yang disifatkan sangat berkarisma dan mempunyai aura tersendiri.
Pernah sekali saya berjalan betul-betul di sebelahnya dan langsung tidak menyedari bahawa itu sebenarnya Kim Do Gi (watak).
Namun, apabila dia muncul buat pertama kali dalam musim ini, saya berjanji kemunculan tersebut benar-benar akan mengejutkan penonton.
Sementara itu, Lee Je Hoon pula terkesima melihat Pyo Ye Jin semasa melakukan aksi menunggang motosikal kerana gerak geri yang dilakonkan dengan penuh keyakinan, sekali gus menambahkan kesan pada setiap babak di dalam drama ini.
Ahn Go Eun (watak) menunggang motosikal dan aksi-aksinya benar-benar berada pada tahap yang mengagumkan.
Jadi apabila penonton menyaksikannya, mereka mungkin terfikir, ‘tak sangka Ahn Go Eun mempunyai sisi agresif seperti itu dan rupanya dia sangat hebat dalam aksi.’
Penonton akan dapat melihat pelbagai sisi berbeza dirinya. Saya rasa itu sesuatu yang menarik untuk dinantikan.
Cabaran musim ini

Dalam masa sama, Lee Je Hoon mendedahkan dia berdepan dengan cabaran untuk memastikan setiap episod bagi musim ini kekal menarik untuk dipertontonkan.
Cabaran utama adalah menghasilkan sesuatu yang baharu untuk setiap episod. Itu benar-benar memberi tekanan. Kadang-kala kami berasa buntu, namun tiada pilihan melainkan perlu mencari idea baharu.
Malah pada musim kedua lagi saya sudah terfikir, jika ada musim ketiga, apa lagi yang boleh saya lakukan?
Walau bagaimanapun, Pyo Ye Jin yakin usaha mereka untuk menghidupkan karakter masing-masing pastinya akan memberikan hasil yang baik.
Sebenarnya tiada apa yang perlu dirisaukan. Kami telah menyediakan penampilan baharu yang cukup menarik untuk anda.
Kami juga mempunyai beberapa ‘alter ego’ yang pasti akan mengejutkan penonton.
Untuk info, Taxi Driver musim ketiga telah pun di tayangkan di platform Viu yang turut menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Kim Eui Sung, Jang Hyuk Jin dan Bae Yoo Ram.






