berita

[VIDEO] Lelaki Dikejutkan Dengan Letupan Gara-Gara Guna Powerbank TIRUAN..Ha! Kan Dah Kena.

September 14th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Siapa antara korang pernah alami detik cemas bila tengok benda meletup depan mata? Kalau jadi depan mata memang dah mencicit lari.

Tapi video ni memang boleh jadikan pengajaran buat kita semua. Nah korang tengok sendiri la, kesian diorang ni.

Ha! Itula, lain kali jangan beli barangan yang tak ori atau sekarang ni kita panggil FUFU atau bahasa mudahnya TIRUAN. Beli yang LEGIT barulah tahan lama. Tak perlu nak beli banyak kali kalau tak jadilah macam diorang dalam video ni.

Korang penyumbang jenayah kartel?

Antara korang, siapa yang pernah menjadi penyumbang kepada jenayah kartel? Tak baik tau kita sokong dengan membeli barangan TIRUAN atau SELUDUP ni.

Untuk pengetahuan korang kalau kita beli dan sokong jenayah kartel ni, kita sebenarnya membuka peluang untuk jenayah lain turut berlaku. Antaranya RASUAH, KEGANASAN dan PLAGIAT. Kalau korang nak tau, Malaysia mengalami kerugian RM8 Bilion setiap tahun akibat dari produk haram di pasaran, dan ini patut dihentikan seiring dengan matlamat kita ke arah Malaysia baru.

Kalau kita baca artikel Harian Metro yang bertarikh 11 Julai 2016, barangan seludup seperti rokok dibawa dengan menggunakan ‘lori babi’. Bayangkanlah, mereka akan buat apa saja untuk mengaut keuntung tinggi sampai sanggup pakai ‘lori babi’.

Jom berikrar hapus jenayah kartel!

Admin nak ajak korang untuk bersama-sama tolak dan hapus jenayah ni dengan menyuarakan ikrar korang di laman web #JanjiLegit. Nak menuju ke Malaysia yang lebih maju kita perlu mula dari akar umbi iaitu suara kita sebagai rakyat Malaysia. Demi Malaysia yang baru, demi masa depan dan kesejahteraan negara kita yang tercinta. Jom berikrar, tekan sini.

Psst: Kalau barang tiruan atau seludup ni takde dekat pasaran, harga barang original akan lebih berpatutan. So lepas ni boleh la melaram barangan LEGIT.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×