Seorang pemuda yang meninggalkan komen berbaur hinaan terhadap anak Caprice iaitu Airiel Qashaf tampil membuat permohonan maaf kepada isteri pempengaruh itu, Farra Inalis.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Dah Minta Maaf & Aku Maafkan Dia. Aku Tahu Dia Budak-Budak, Tak Matang Lagi’ – Isteri Caprice
Melutut minta maaf
View this post on Instagram
Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG), Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dilihat membawa pemuda berusia 23 tahun itu berdepan dengan isterinya di rumah.
Farra dilihat memarahi pemuda berkenaan sebelum memintanya untuk melutut memohon maaf kepadanya.
Satu soalan aku nak tanya kau ini gila ke betul? Apa masalah kau maki-maki anak aku?
Baru 23 nak buat perangai sampah. Kau patut bersyukur jumpa dengan Caprice dalam keadaan dia mampu kawal aku.
Kau nak minta maaf dengan aku, ikut cara aku. Aku nak kau melutut minta maaf dengan anak aku.
Kau buat apa yang aku nak, dua dua lutut ke bawah pun tak apa.
Farra turut menasihati pemuda tersebut untuk tidak mengulangi perbuatannya itu terhadap mana-mana orang lain di luar sana.
Selepas permohonan maaf dibuat, Caprice memberi dua pilihan kepada pemuda tersebut sama ada mahu menyelesaikan isu tersebut di balai polis atau di masjid.
Pelantun lagu ‘Kau Hade’ itu kemudiannya membawa pemuda berkenaan ke masjid untuk menunaikan solat dan berpelukan.
Bukan itu sahaja, Caprice dilihat turut memberikan wang kepada pemuda tersebut untuk diberikan kepada ibunya.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya dan rata-ratanya memuji Caprice yang tetap memberikan wang saku kepada pemuda berkenaan meskipun telah menyakiti hatinya dan isteri.
Walau bagaimanapun, terdapat juga netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan Farra yang meminta pemuda berkenaan untuk melutut memohon maaf kepadanya.
Komen netizen
Sumber: Instagram Caprice