berita

[VIDEO] Lelaki Terajang Penguatkuasa Sedang Bertugas Pula, Sampai ‘Melayang’ Phone!

February 25th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, isu berkenaan penguatkuasa berselisih faham dengan orang awam sering kali berlaku. Sebelum ini, seorang lelaki warga emas cedera apabila didakwa ditumbuk seorang penguatkuasa. Walau bagaimanapun, isu berkenaan telah selesai apabila mereka berdua telah berjumpa dan berdamai.

Terbaru, menerusi Facebook Acik Art, satu video memaparkan seorang lelaki sedang berselisih faham dengan penguatkuasa yang sedang bertugas. Di akhir bahagian video tersebut, lelaki berkenaan menyepak telefon bimbit milik salah seorang penguatkuasa yang sedang merakam tindakannya itu.

Kau rekod kan?

https://www.facebook.com/Artmohd/videos/2793869940680867/?d=n

Dia ni bangang cik.. Dah banyak kali dah..

Kau rekod-rekod benda ni bangang ke apa.. Kau rekod kan?

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan kelihatan berang dengan penguatkuasa yang menjalankan tugas. Sambil mengeluarkan kata-kata kesat, dia turut disyaki menghalang penjawat awam dalam melakukan tugas. Dia turut bertindak luar kawalan dengan menyepak salah seorang penguatkuasa yang sedang merakam tindakannya itu.

Kalau penguatkuasa buat kena buang kerja

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki berkenaan dan berharap pihak berkuasa dapat menyiasat kes ini dengan segera.

Sumber: Acik Art

SKIP THIS AD ×