![[VIDEO] Leona Akui Lebih Tertarik Dengan Lelaki Berusia & Botak – ‘Bila Saya Tengok Lelaki Muda, Mereka Hanyalah Budak’](https://media.ohbulan.com/2025/05/leona-lelaki-berusia.jpg)

Pempengaruh media sosial, Leona mengakui lebih tertarik kepada lelaki berusia dan botak berbanding yang sebaya dengan umurnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azhar Sulaiman ‘Renovate’ Bilik Leona Buat Netizen Cemburu – ‘Bestnya Ayah Arkitek, Boleh Minta Je’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona & Gabriel Prince Direstui Netizen, Tayang Momen Mesra Pegang Tangan – ‘Dah Official Ke?’
Botak lebih menarik

Menerusi luahan di TikTok, pemilik nama Kasih Iris Leona Azhar, 23, berseloroh mengatakan dia tidak berminat dengan lelaki yang sebaya atau lebih muda daripadanya.
Malah, Leona juga menyifatkan lelaki muda berperangai kebudak-budakan.
Korang, tolong beritahu saya kenapa jenis lelaki yang saya suka adalah lelaki berusia dan botak.
Bila saya tengok lelaki muda, saya tidak tertarik kepada mereka.
Saya berfikiran mereka hanyalah kanak-kanak. Tetapi lelaki yang lebih tua…
Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu berkata demikian selepas berpeluang meluangkan masa dengan lelaki yang lebih tua baru-baru ini.
Saya mempunyai malam yang ‘gila’. Saya hanya terkejut dengan apa yang berlaku.
Bagaimanapun, dia enggan menceritakan lebih lanjut kerana merasakan sekarang bukanlah masa yang sesuai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak menafikan pendapat Leona.
Segelintir mereka merasakan lelaki tidak berambut lebih menarik selain turut memberi contoh beberapa nama selebriti berimej botak daripada luar negara.
‘Normal’

Sumber: TikTok




![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)


