berita

[VIDEO] Lima Tahun Peluk Islam, Daud Kim Teruja Dapat Beli Tanah Untuk Bina Masjid Di Incheon

April 15th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Penyanyi dan pempengaruh YouTube Korea Selatan iaitu Daud Kim tampil berkongsi keterujaannya apabila bakal mendirikan sebuah masjid di bandar yang dikenali sebagai Incheon.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sudah Belajar Mendalami Islam Sejak Tujuh Tahun Lalu’ – Kenji Sawahi

Angan-angan jadi kenyataan

@jaehan9192 I bought a Land for Masjid in Korea finally ????? My dream will come true . Please help me to build Mashid ?? Paypal: [email protected] . #koreanmuslim #daudkim #ramadan ? original sound – Daud Kim

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Daud menerusi hantaran di TikTok.

Menerusi hantaran tersebut, Daud atau nama sebenarnya Kim Kyun-woo mendedahkan dia berasa begitu gembira kerana berjaya untuk merealisasikan impian tersebut dan berasa sangat bersyukur kerana mendapat sokongan daripada orang ramai.

Akhirnya, saya berjaya membeli sebidang tanah untuk membina sebuah masjid di sini.

Angan-angan saya akan menjadi nyata.

Dalam pada itu, Kim turut meletakkan ‘link’ sumbangan derma buat mana-mana pihak yang mahu memberikan sumbangan buatnya untuk membina masjid berkenaan.

Saya perlukan bantuan kewangan untuk menyiapkan bangunan itu. Sekiranya kamu ingin membantu, boleh menderma sama.

Terima kasih sangat-sangat.

Sekadar info, Kim yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Jay Kim mengumumkan dirinya sudah pun memeluk Islam pada Septermber 2019.

Sumber: TikTok Daud Kim

SKIP THIS AD ×