berita

[VIDEO] Lisa Surihani Raih Pujian Netizen, Tetap Sopan & Jaga Adab Masa Buat Trend TikTok

February 24th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Baru-baru ini tular video gerakan yang dibuat oleh seorang kanak-kanak perempuan dipercayai berasal daripada Afrika sehinggakan berjaya mencuit hati netizen di media sosial.

Artikel Berkaitan: Lisa Surihani Akui Pernah Tempuh Fasa ‘Tergelincir’ – ‘Hati Manusia Sangat Rapuh, Saya Cuba Pertahankan Sesetengah Prinsip’

Tarian viral Afrika

@ariani.os Tenge tenge time ? #arianilebaran2024 ? original sound – CheezaAfrikanaDancekids

Terbaharu, beberapa pelakon wanita popular seperti Datin Lisa Surihani, Bella Dally, Uyaina Arshad dan Afifah Nasir juga tidak ketinggalkan melakukan tarian tersebut.

Menerusi hantaran dimuat naik di TikTok, keempat pelakon jelita tersebut difahamkan melakukan tarian tersebut untuk mempromosikan busana dan tudung sempena lebaran keluaran jenama pakaian terkenal, Ariani.

Hantaran tersebut tentunya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur melihat gaya tarian yang dilakukan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, netizen memuji Lisa yang dilihat tetap sopan dan menjaga adab ketika melakukan tarian tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 100,000 tontonan dan lebih 1,000 tanda suka.

Komen netizen

Sumber: TikTok Ariani

SKIP THIS AD ×