Laman media sosial menjadi kecoh apabila tular foto dan video lucah yang dikatakan mirip dengan seorang selebriti lelaki tempatan.
Tujuh video
Memetik perkongsian daripada sumber, terdapat kira-kira tujuh rakaman video lucah dalam simpanan yang didakwa dirakam sendiri oleh selebriti terbabit yang merupakan vokalis sebuah kumpulaN popular tanah air.
Selebriti yang sudah berumah tangga itu dikatakan melakukan aksi terkutuk termasuklah hubungan seks bersama seorang wanita yang juga bekerja dalam industri hiburan.
Difahamkan juga, penyanyi itu sering menghantar mesej dan video lucah kepada wanita terbabit.
Bagi menjelaskan kekeliruan, harap selebriti berkenaan tampil ke depan dan memberikan penjelasan.