Usahawan terkenal, Madammu meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan anak perempuannya terhadap pembantu rumah mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hampir 8 Tahun Tidak Terima Nafkah, Madammu Suruh Suami Fokus Pada Ibu Ayah – ‘Duit Saya Lebih Banyak Dari Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nafkah Kena Ikut Kemampuan Suami, Tapi Wanita Berkerjaya Mahukan Perhatian..Itu Tak Boleh Dapat Dengan Duit’ – Madammu
Madammu tegur Qally
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pemilik nama Eriyca atau lebih dikenali sebagai Maadammu menegur sikap anak perempuannya, Qally yang mengejutkan pembantu rumah dari tidur semata-mata mahu mencari seluarnya.
Qally melampau ya. Dah bibik, pergi tidur. Ada kejut bibik waktu macam ni. Bibik nak tidur lah, dah lewat ni. Esok je lah. Dia nak cari seluar jeans dia, waktu macam ni kejut bibik. Awak bukannya nak pakai seluar tu malam ni.
Eh dia buat muka, lepas tu nak menangis.
Suami Madammu iaitu Muhammad Azri Che Noh atau lebih mesra dengan panggilan TP turut menegur Qally yang seakan tidak menghormati waktu rehat pembantu rumah.
Menurut Madammu, sudah menjadi kebiasaan setiap kali selepas ditegur, gadis berusia 15 tahun itu pasti akan merajuk dan menangis.
Dah pukul 11, dia pergi kejut bibik dekat belakang. Mummy siku-sikukan nanti. Saya tanya dia nak pakai esok ke, dia kata tak tapi dia teringat pasal seluar tu.
Dia dah 15 tahun bukannya 5 tahun, tapi bila Mummy tegur dia sentap lah dia. Dia memang macam tu.
Sekadar info, pada 9 Jun lalu, Madammu selamat melahirkan anak pertamanya secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga pada 2015 yang juga seorang duda anak tiga iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi.
Video
@rosesmawar08 Perangai qally ?#fyp #madammu #noirmadammu #madammunoir #momlife #viral #noir #qallyanakmadammu ? original sound – Rose Noir Skincare
Sumber: TikTok