berita

[VIDEO] ‘Mahkamah Tak Bongok Lah Nak Bagi Orang RM100 Juta!’ – Aliff Syukri

November 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

aliff syukri diva aa

Pengacara, Azwan Ali sebelum ini memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri susulan insiden menarik rambut di atas pentas baru-baru ini.

Azwan dengan tegas menyatakan mahu menyaman malu Aliff sebanyak RM100 juta.

Artikel Berkaitan: Netizen Tegur Aliff Syukri Melampau Tarik Rambut Azwan Ali Atas Pentas – ‘Kalau Betul-Betul This Is Too Much, Diva AA Dah Berusia’

Artikel Berkaitan: ‘Dia Macam Balas Dendam’ – Azwan Ali Sebak Rambut Ditarik Bagai Nak Gila, Nekad Mahu Saman Malu Aliff Syukri RM100 Juta

Respon Aliff Syukri

aliff syukri diva aa

Tidak berdiam diri, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman dilihat memuat naik hantaran di TikTok dengan memberi respon terhadap kenyataan Azwan.

RM100 juta? Mudahnya kau nak minta RM100 juta.

Dalam pada itu, usahawan berusia 36 tahun itu juga mendakwa terdapat segelintir individu suka menggunakan nama dan popularitinya dengan tujuan yang tidak baik.

Saya ni malas tau nak bergaduh dengan orang. Saya tak suka bagi orang popular.

Kadang-kadang orang ambil kesempatan atas nama saya.

Aku buat apa dengan dia? Mahkamah tak bongok lah nak bagi orang RM100 juta.

Sementara itu, Aliff seolah-olah memberi bayangan dia juga bakal mengambil tindakan lanjut apabila dia menyatakan bahawa kes tersebut telah diserahkan kepada pihak peguamnya.

Biar Allah balas, saya tak nak maki hamun orang. Biar peguam buat kerja.

Terdahulu, insiden menarik rambut tersebut berlaku semasa kedua-dua mereka menghadiri sebuah acara yang berlangsung di Singapura.

Tindakan Aliff turut mendapat kecaman warganet yang disifatkan keterlaluan kerana mengasari Azwan yang sudah berusia.

@abangterlajaklaris

biar allah balas.. sy x nak maki hamun org.. biar lowyer buat kerja

? original sound – Papa Laris – Papa Laris

Sumber: TikTok Aliff Syukri

SKIP THIS AD ×