berita

Netizen Tegur Aliff Syukri Melampau Tarik Rambut Azwan Ali Atas Pentas – ‘Kalau Betul-Betul This Is Too Much, Diva AA Dah Berusia’

November 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

aliff syukri azwan ali

Tular baru-baru ini video yang memaparkan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menarik rambut pengacara, Azwan Ali.

Artikel Berkaitan: Che Ta Berang Diva AA Hina Aaisyah – ‘Dia Belum Kena Buku Dengan Ruas Lagi’

Artikel Berkaitan: Ambil Ira Kazar Sebagai Model, Netizen Kecam & Mahu Boikot Produk Aliff Syukri?

Tarik rambut atas pentas

aliff syukri azwan ali

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan Azwan sedang berada di atas pentas kemudian Aliff dalam keadaan berang datang lalu bertindak menarik rambut.

Difahamkan kedua-dua mereka menghadiri ke sebuah acara yang diadakan di Singapura.

Tidak berdiam diri, Aliff menerusi perkongsiannya di Instagram menjelaskan dia telah memaklumkan kepada pihak menganjur bahawa dia kurang senang dengan kehadiran Azwan.

Pada awalnya saya tidak tahu yang dia ada, saya dah bagi tahu pihak penganjur saya tak senang dengan dia dan dia mulakan dulu sebab tu saya bertindak. Saya tidak akan bertindak kalau dia tidak mengacau kehidupan saya.

Dalam masa yang sama, Azwan atau Diva AA menegaskan bahawa dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Aliff dan akan menyaman malu sebanyak RM100 juta.

Hormat orang tua

aliff syukri azwan ali

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan tindakan Aliff keterlaluan dan tidak beradab kerana mengasari Azwan yang sudah berusia.

Walau bagaimanapun, insiden tersebut masih menjadi tanda tanya berikutan muncul dakwaan yang mengatakan bahawa mereka sengaja mencetuskan kontroversi kerana dahagakan perhatian.

Sumber: Instagram Aliff Syukri, TikTok Azwan Ali , TikTok Shuk Sahar

SKIP THIS AD ×