berita

Video Majlis Pernikahan Dan Persandingan Khairul Fahmi & Leuniey

January 2nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Bagi peminat-peminat setia Khairul Fahmi atau mesra dipanggil Apex ini, pasti ada yang sedang menunggu video di majlis pernikahan penjaga gol Malaysia dan juga pasangannya Leuniey, kan?

Sah bernikah pada 28 Disember 2012 yang lepas, pihak LH Mediatv telah diberi peluang untuk merakamkan detik-detik indah disaat kedua pasangan ini diijabkabulkan. Video berdurasi 6.26 minit ini juga menyelitkan sedikit visual di hari persandingan Khairul Fahmi & Leuniey yang bertempat di Renaissance Hotel, Kota Bharu.

Untuk pengetahuan, LH Mediatv juga pernah merakamkan video bagi majlis-majlis pernikahan lain seperti Nabil & Zira, Danny X-Factor, dan juga ramai lagi artis yang lain.

Mari kita tonton video majlis pernikahan dan persandingan Khairul Fahmi & Leuniey selepas ini.