Sebagai seorang anak, usahawan dan personaliti media sosial Datuk Seri Aliff Syukri juga pernah berdepan dengan masalah dengan ibunya, Rozita Ibrahim.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Hargai Pengorbanan Isteri & Ibu Buat Netizen Sebak – ‘Kita Nampak Sisi Lain Dia, Muliakan Keluarga & Jadi Penenang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Tak Sengaja Bertemu Bonda Rozita, Pilih Mengalah Demi Hubungan Baik – ‘Pertemuan Ini Merungkai Segalanya’

Konflik dengan ibu

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman itu mendedahkan hubungan dia dan ibunya pernah diuji kerana konflik keluarga namun tetap memilih untuk memuliakan wanita itu.

Saya pernah ada konflik dengan ibu saya selama empat tahun. Dia tak baca WhatsApp dan tak angkat telefon.

Dia tak maafkan, saya pergi jumpa dia dan hadiahkan dia kereta Mercedes.

Dia seorang yang sangat-sangat tegas, banyak benda yang saya tak kongsikan apa yang berlaku pada saya.

Ibu saya kahwin beberapa kali dan saya ada ayah tiri, jadi ada banyak konflik. Kalau saya dedahkan, saya rasa akan jadi tular.

Jangan derhaka

Dalam masa yang sama, Aliff turut menasihati supaya setiap anak-anak perlu menghormati ibu bapa meskipun ada khilaf yang pernah mereka lakukan.

Pada pandangan saya, sejahat-jahat dan seteruk manapun ibu atau ayah, mereka tetap ibu bapa kita. Apalah erti kita hidup tanpa doa seorang ibu?

KIta sebagai anak kena mainkan peranan untuk tidak menjadi anak derhaka. Kalau berdepan dengan mak yang suka minta duit, tak memahami anak, tak bagi kahwin..itu standard.

Dapat mak yang kaya lain ragamnya, dapat mak yang miskin lain juga ragamnya.

Apa sahaja yang mak itu kata dekat kita atau minta duit, okay sahaja.

Bercerita lanjut, bapa kepada enam orang anak ini berkata, sebagai anak dia tetap akur dengan ibunya demi mendapatkan keberkatan.

Apa je yang mak saya tak buat dekat saya, tapi saya yakin ibu adalah orang yang paling mulia.

Mak saya tu pernah ludah saya, saya okay je. Pernah bagi parang dekat tangan, tarik rambut dan pijak saya..saya okay sahaja.

Hidup tanpa doa ibu tak berkat, kau carilah kedamaian dan ketenangan tapi sebaik-baik doa, adalah doa ibu.

Walaupun mak kau tu narsistik, pelacur..dia tetap ibu. Tak ada orang yang boleh ganti tempat ibu.

Sumber: TikTok