berita

[VIDEO] Mak Wan Latah Hampir Pengsan, Terkejut Dengar Tuduhan Sondol Suami Orang – ‘Cantik Ke Diri Saya?’

December 11th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

MAK WAN LATAH-2

Pelakon Mak Wan Latah hampir pengsan selepas mengetahui dirinya dituduh cuba mengganggu rumah tangga orang lain sehingga pasangan itu hampir bercerai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pernah Sehari Dapat RM10’ – Mak Wan Latah Terpaksa Jual Sambal, Menangis Setahun Tak Berlakon

Artikel Berkaitan: Mak Wan Latah Menangis Tiada ‘Job’ – ‘Mungkin Ada Kaitan Dengan Kontroversi Dulu’

Suami siapa saya ambil?

MAK WAN SUAMI ORANG

Menerusi temu bual bersama Melodi, Mak Wan menafikan tuduhan berat itu. Tegas Mak Wan, 62, dia tidak pernah mengganggu suami orang serta rumah tangga pasangan lain.

Saya tak mengganggu sesiapa, saya tak ambil atau kacau suami orang. Saya tak pernah ganggu rumah tangga orang. Saya tak buat walaupun saya miskin dan susah. Saya tak buat!

Rumah tangga siapa yang saya kacau? Suami siapa yang saya ambil duitnya?

Persoal pemilik nama Halimatussa’diah Mohd Daud, masih lawakah dirinya untuk menjadi perampas suami orang?

Orang tuduh Mak Wan tapi lihat keadaan saya, cantik ke diri saya? Ada ke lelaki nak saya lagi? Nilaikan sendiri.

Kasihankanlah diri saya. Jangan fitnah saya lagi. Saya tak tahu dosa-dosa lampau tapi saya reda dengan ketentuan Allah.

Si pemfitnah tak senang hidup

@melodiberapi Artis Senior Makwan Latah hampir pengsan, apabila mendengar ada dakwaan beliau mengganggu rumahtangga orang! #makwan #fyp??viral #meloditv3 #tv3 #panas #sensasi ? original sound – Melodi

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku juga mengingatkan kepada individu yang menuduh untuk mencari dirinya di akhirat untuk memohon maaf.

Yang menuduh kau carilah saya di sana (akhirat). Kau tak akan hidup senang! Cukup-cukuplah fitnah orang.

Saya minta maaf, cukup-cukuplah mengata saya.

Dalam pada itu, pelakon veteran menyatakan dia sanggup menggunakan tulang empat kerat untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

Saya sanggup berniaga walaupun hari-hari hujan. Saya sanggup cari rezeki daripada minta orang. Saya memang bukan baik tapi saya tak jahat. Untuk apa saya ganggu rumah tangga orang, saya dah jatuh terduduk sekarang ini.

Sumber: Melodi

SKIP THIS AD ×