berita

Mak Wan Latah Menangis Tiada ‘Job’ – ‘Mungkin Ada Kaitan Dengan Kontroversi Dulu’

August 4th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Mak Wan Latah

Pernah dikaitkan dengan beberapa kontroversi, pelakon veteran Mak Wan Latah mengakui dirinya sukar mendapatkan tawaran lakonan.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Serang Sebab Dia Ludah’ – Bekas Pembantu Peribadi Mengaku Pernah Pukul Mak Wan Latah

Artikel Berkaitan: Bekas Pembantu Peribadi Dedah Perangai Sebenar, Mak Wan Latah Anggap Fitnah Akhir Zaman – ‘Otak Dia Tak Betul.. Biarkan’

Artikel Berkaitan: Dipukul, Ditendang, Ditumbuk & Diugut Bunuh, Mak Wan Latah Buat Laporan Polis – ‘Dah Lama Saya Diamkan’

Semua dah berlalu

Mak Wan Latah

Menerusi laporan Harian Metro, Mak Wan atau namanya Halimatussa’diah Mohd Daud, 62, berkata dia berusaha mencari peluang kerja daripada beberapa produksi tetapi ditolak dengan pelbagai alasan.

Saya tak tahu apa alasan tiada tawaran (berlakon). Cuma mungkin ada kaitan dengan kontroversi dulu. Tapi itu semua dah berlalu.

Saya tak nak ingat lagi itu semua. Yang berlalu biarkan berlalu. Sekarang ini saya kena mula semula hidup saya. Ibaratnya macam akaun bank dah mula kosong dan kena isi baru. Begitulah…,”. Saya tak nak ingat lagi. Mereka akan terima apa yang mereka buat. Allah Maha mendengar. Sekarang ini saya fikir job (tawaran berlakon). Saya kena fikir itu fikir ini.

Nak kena bayar rumah, kereta semua kena bayar. Kalau tiada job macam mana? Saya pernah tanya, job kebanyakan orang yang sama dapat ‘back to back’. Yang muda dituakan.

Tambah Mak Wan, dia mengakui timbul persoalan berkenaan nasibnya sedangkan dia sudah 24 tahun terbabit dalam lakonan sejak zaman HVD.

Yang sedihnya bila nak job, bila saya tanya produksi mereka beri alasan stesen. Ada yang nak tengok ‘follower’. Pengikut saya 60,000 tapi sebab kena godam dah kurang.

Buat masa ini saya tak buat apa-apa. ‘shooting’ pun tiada. Dah lama dah tak ‘shooting’. Lepas drama Cinta Di Bawah Pokok Ceri dan Akira Khan tahun lepas saya dah tiada tawaran.

Saya pula segan nak minta job. kalau minta nanti, ada yang kata wajah saya ada saja di TV sedangkan itu yang lama-lama.

Ujarnya lagi, jika dibandingkan dengan beberapa pelakon senior lain, tentulah mereka jadi pilihan dan dia diketepikan.

Saya bukan setanding mereka. Namun kita sama sahaja. Kita ini manusia, apa salahnya kongsi-kongsi. Ini bukan dengki tapi orang yang sama juga kelihatan di semua saluran.  Apa kisah pula dengan orang yang tiada tawaran ini.

Disoal mengenai aktiviti harian, Mak Wan berkata dia berniaga sambal, biskut dan beberapa produk lain untuk mencari pendapatan.

Dah lima tahun saya berniaga di acara-acara. Bermula di Kuala Lumpur kemudian pergi merata-rata. Takkan nak harap anak, mereka ada komitmen sendiri. Hari itu saya sakit darah rendah tapi tak masuk hospital kerana takut kena bayar.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×