berita

[VIDEO] ‘Malam Terakhir Bersama Ibu’ – Dr Sheikh Muszaphar Sebak, Beraya Tanpa Ibu

May 6th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa buah negeri yang lain, seluruh umat Islam di negeri tersebut tidak berpeluang untuk merentas negeri dan daerah sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi sebuah video di mana dia dan keluarga sempat bermaaf-maafan sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Malam terakhir bersama ibu

Beraya tanpa Ibu. Malam terakhir bersama Ibu. Sebak di dada hanya Allah yang tahu. Tanpa Ibu tiada hala tuju. Walaupun rumah hanya berbatu, namun terasa sukar buat diriku. Tabahlah wahai Ibu. Ia hanya untuk sementara waktu. Semoga Allah permudahkan dirimu. Ku panjat doa buatmu. InsyaAllah akan ketemu. Amiinn Ya Rabb.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, beliau berasa sebak kerana tidak dapat beraya bersama ibu tercinta meskipun rumah mereka tidak jauh. Sebagai anak, dia berharap semua ibu di luar sana tabah dengan apa yang berlaku. Jelas beliau, mereka sekeluarga sempat bersalam-salaman semalam.

Di samping itu, Dr Shehikh Muszaphar turut mengucapkan salam Ramadan buat keluarga mentuanya yang dipercayai menetap di Seremban. Hampir setahun tidak bertemu, Dr Sheikh Muszaphar hanya mampu memohon doa agar kedua-dua insan tersebut berada dalam keadaan sihat dan dipanjangkan usia.

Berhabuk mata

Berhabuk mata pagi ni, masin lajak lauk sahur, rindunya mak ayah dekat Alor Setar, mak abah dekat Paka. Semoga Allah berikan kesihatan buat mak ayah, mak abah di kampung untuk kami terus berbakti pada mereka.

Tahun ni pertama kali beraya tanpa mak. Mak baru meninggal bulan 3 lepas. Sedihnya, dua-dua orang tua saya dah tak ada.

Sedihnya tengok video macam ni.

Di ruangan komen, rata-rata netizen sedih melihat video tersebut. Pelbagai komen ‘rindu’ terhadap keluarga masing-masing turut diluahkan oleh netizen.

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×