Anak sulung pelakon popular, Datuk Aaron Aziz baru-baru ini telah berjaya menamatkan pengajiannya setelah tiga tahun menuntut ilmu di Jepun.
Artikel Berkaitan: ‘Kali Kedua Saya Di Meninggalkan’ – Aaron Aziz Terkilan, Minta Fikir Perasaan Anak Di Luar Negara
Artikel Berkaitan: Dikecam Persatuan Haiwan Malaysia, Aaron Aziz Perjelas Perkara Sebenar – ‘Saya Banyak Kali Tanya Kucing Okay Ke Tak?’
Artikel Berkaitan: ‘I Take All The Blame & Responsibility’ – Syamsul Yusof Tak Mahu Isu Dengan Aaron Aziz Berpanjangan
Aaron syukur
Menerusi hantaran di Instagram (IG) dan TikTok, Aaron meluahkan rasa syukur dengan berkongsi momen-momen semasa dia dan keluarga hadir ke majlis konvokesyen anak sulungnya.
Difahamkan Danish Anaqi berjaya memperoleh pra diploma di sebuah kolej di negara matahari terbit itu.
SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar. Terima kasih Allah kerana melindungi anak saya untuk tiga tahun ini. Danish, Daddy sangat bangga, gembira dan bersyukur. Awak dah capai banyak perkara yang tidak pernah Daddy capai dan awak akan lebih berjaya lagi selepas ini. Awak lalui semua halangan, ujian dan kesusahan dan telah memberi inspirasi kepada orang lain.
Pelakon berusia 47 tahun itu turut menitipkan pesan buat anak lelaki tunggalnya itu supaya mengimbangi antara kejayaan di dunia dan juga di akhirat.
Apa yang Daddy minta daripada awak adalah untuk berjaya di akhirat juga dan itu akan menggembirakan Daddy lebih dari segala-gala yang ada di dunia ini.
Menjadi anak yang soleh, tak tinggalkan solat dan terus berdoa dan miliki akhlak yang baik serta disayangi Allah dan ikut ajaran junjungan kita Rasulullah SAW.
Netizen ucap tahniah
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada anak pelakon filem KL Gangster sambil berseloroh mengatakan wajah Danish seperti orang Jepun.
@therealaaronaziz SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar. Thank you ALLAH for protecting my son for 3 yrs. you dont know how proud, happy and bersyukur Daddy am. You are my hero. You have achieved so many things i have never achieved. And you are going to achieve even more. You went through all the struggles, trials and tribulations. And you have inspired so many other kids from what they told me just now. All Daddy ask from you is to also succeed in Akhirat too. That will please me more than anything else on this earth. Menjadi anak yg soleh. Tak tinggalkan solat. Terus berdoa dan miliki akhlak yg baik serta disayangi ALLAH AZZA WAJALL and follow the teachings of our beloved prophet Rasulullah SAW. Love you and so happy have you back even for a few weeks before you serve NS. From ur Father #f #fy #fyp #fyp? #son #aaron #Karuizawa
Sumber: Instagram