berita

[VIDEO] Malu Nak Salam Lepas Nikah, Ibu Sampai Naik Pelamin ‘Paksa’ Pengantin Lelaki Sentuh Tangan Isteri

March 1st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Kebiasaannya kita lihat momen pengantin perempuan yang malu untuk bersalaman dengan pengantin lelaki ketika upacara membatalkan air sembahyang dilakukan. Tetapi kali ini berbeza pula kisahnya apabila pengantin lelaki pula yang terlalu gugup dan malu untuk bersalaman dengan isteri yang baru dinikahinya.

Malu bersalaman dengan isteri

Momen tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu Kashfi Akif. Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan pasangan pengantin yang memakai busana berona putih duduk di atas pelamin untuk upacara membatalkan air sembahyang. Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah aksi pengantin lelaki tersebut yang kelihatan ‘tidak senang duduk’ dan seperti ‘kurang selesa’ sehingga dia terpaksa ditenangkan oleh si ibu.

Rupa-rupanya si pengantin lelaki menjadi seperti itu kerana terlalu malu dan gugup untuk bersalaman dengan si pengantin perempuan yang merangkap isterinya yang sah. Malah kelihatan si ibu cuba menenangkan dan memaksa pengantin lelaki untuk menyentuh tangan isterinya. Tidak terhenti di situ, dia juga terketar-ketar saat memakaikan gelang pada tangan isterinya.

Video

Aksi spontan lelaki tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya menyifatkan ianya adalah satu kemanisan dalam perhubungan. Bukan itu sahaja, mereka turut memuji si pengantin lelaki yang dikatakan menjaga ikhtilat sehingga malu bersentuhan dengan wanita yang baru dinikahinya.

Dalam kesempatan itu, rata-rata netizen turut mendoakan agar hubungan yang terbina berkekalan hingga ke jannah selain mereka hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Komen netizen

Sumber: Kashfi Akif

SKIP THIS AD ×