Pelakon dan usahawan Fazura memilih sosok ibunya sebagai sumber kekuatan serta semangat untuknya meneruskan kehidupan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Que Haidar Perjelas Hubungan Dengan Fazura – ‘Dia Adalah Sahabat Lama Yang Sudah Lama Tidak Berjumpa’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Alhamdulillah Sampai Tahap Ini Mummy Dapat Besarkan Fatima’ – Fazura Titip Ucapan Buat Anak Usia 15 Tahun Nanti

Ibu sebagai sumber kekuatan

Menerusi sesi temu bual di konti radio HotFM, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 44, meluahkan rasa kagum terhadap ibunya yang membesarkan anak-anak setelah pemergian suami tercinta.

Selain ibunya, pelakon filem Pisau Cukur itu juga memilih puterinya, Nur Fatima Aisya sebagai sumber kekuatan terbesar.

Nombor satu semestinya mama saya. Dia merupakan ibu tunggal yang membesarkan kami empat beradik setelah kematian bapa kesayangan saya pada tahun 2000.

Mama memang menjadi sumber kekuatan yang terbesar untuk saya.

Kemudian, nombor dua pasti Fatima. Susah senang, jatuh bangun saya, Allah kurniakan Fatima untuk jadi peneman.

Fatima juga merupakan pelindung saya yang paling garang, defensif dan protektif.

Wanita kuat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pelakon berusia 44 tahun itu yang kuat menghadapi apa saja ujian yang menimpa dirinya. Selain itu, warganet turut mendoakan agar bekas isteri pelakon Fattah Amin itu sentiasa menjadi wanita dan ibu yang hebat.

Sumber: TikTok @HotFM