![[VIDEO] Mamat Got No Chill & Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Pertama, Netizen Sebak Tengok](https://media.ohbulan.com/2025/05/mamat-got-no-chill-dua.jpg)

Selepas lebih kurang dua tahun mendirikan rumah tangga, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Mamat Got Not Chill bersama isterinya, Siti Nurhana bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] TikTokers Mamat Got No Chill Dah Nikah! Serahkan Mas Kahwin Bernilai RM1212.12
Kejutan buat mamat

Menerusi perkongsian di TikTok, Hana melakukan kejutan itu selepas ujian kehamilan yang dilakukan menunjukkan tanda positif sebelum memaklumkan kepada Mamat.
Semasa kejutan dilakukan, Hana menyerahkan sebuah kotak berisi ujian kehamilan dengan keputusan positif.
Terkejut selepas membuka kotak, pemilik nama Muhammad Firdaus Mat Nahar, 28, mula menitiskan air mata dan memeluk Hana selepas menyedari mereka akan menjadi ibu bapa dalam masa beberapa bulan lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan berdoa agar urusan mereka dimudahkan.
Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada tahun 2023.
Komen netizen


Sumber: TikTok






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

