berita

[VIDEO] TikTokers Mamat Got No Chill Dah Nikah! Serahkan Mas Kahwin Bernilai RM1212.12

December 8th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Mamat Got No Chill

Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Mamat Got Not Chill selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Nurhana pada petang Jumaat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Sah Milik Ubai Dengan Sekali Lafaz, Terima Mas Kahwin RM20 Ribu

Mas kahwin RM1212.12

Mamat Got No Chill

Mamat atau nama sebenarnya Muhammad Firdaus Mat Nahar, 26, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1212.12 kepada pengantin perempuan.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pasangan sama cantik sama padan itu dilihat mengenakan busana sedondon berona putih.

Majlis akad nikah itu dipercayai berlangsung di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Johor.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke sesi siaran langsung itu turut mengirimkan ucapan tahniah selain mendoakan pasangan itu bahagia selamanya.

Mamat cukup dikenali terutama dalam kalangan pengguna TikTok dengan konten lucu yang sering dilakukannya.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×