![[VIDEO] Manfaatkan Bulan Ramadan, Betty Rahmad Cabar Diri Hafal Surah Al Kahfi – ‘Surah Yang Mencabar, Doakan Saya’](https://media.ohbulan.com/2025/03/betty-5.jpg)
Pelakon dan usahawan Betty Rahmad mengambil kesempatan di atas bulan Ramadan ini dengan mencabar dirinya untuk menghafal surah Al Kahfi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Betty Rahmad Kongsi Tip Istiqamah, Paksa Diri Lawan Hasutan Syaitan – ‘Kena Selalu Psiko Diri Sendiri’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Betty Rahmad Anjur Kelas Tadabbur, Netizen Puji Manfaatkan Rezeki Allah SWT – ‘Ada Rumah Besar, Penuhkan Dengan Majlis Ilmu’
Surah Al Kahfi
@bettyrahmadaliKalau dulu semua lagu Adele i hafal. Sekarang nak gunakan masa yg ada hafal surah surah pilihan. Tahun ni i challenge myself untuk hafal 10 ayat terawal & 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi dalam bulan Ramadhan ni. Surah yg sangat mencabar nak hafal dalam banyak banyak surah. Taktau kenapa doakan i ok. Jom korang cuba hafal satu surah dalam bulan Ramadhan ni, tak kira pendek or panjang yg penting kita cuba dan usaha. Jom! Korang nak hafal surah apa?? original sound – Betty Rahmad | Sambal Queen
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Betty atau nama lengkapnya Norsha Rahmad Ali akui proses penghafalan surah Al Kahfi ini sangat mencabar.
Kalau dulu semua lagu Adele saya hafal.
Sekarang, nak gunakan masa yang ada untuk hafal surah surah pilihan.
Tahun ini saya cabar diri untuk hafal 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir surah Al Kahfi.
Surah yang sangat mencabar nak hafal dalam banyak-banyak surah.
Doakan saya.
Dalam pada itu, adik kepada pengarah Erma Fatima ini turut mengajak orang ramai untuk menghafal satu surah dalam bulan Ramadan.
Semoga dipermudahkan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan proses Betty untuk menghafal surah Al Kahfi dipermudahkan. Selain itu, warganet turut memuji bacaannya yang merdu.
Sumber: TikTok @bettyrahmadali