berita

Video Marah Anak Dalam Bas Viral, Rupanya Wanita Alami Tekanan Dihalau Mentua & Suami Dipenjara

June 2nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Video seorang gadis berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila penumpang bas yang dinaikinya berterusan memarahi anak menggunakan kata-kata kesat tular di aplikasi TikTok sebelum ini. Bukan itu sahaja, suara kasar wanita berkenaan turut didengari oleh kesemua penumpang di dalam bas terbabit sehingga menimbulkan rasa kurang senang dan simpati.

Artikel Berkaitan: Penumpang Naik Angin Dengar Wanita Marah Anak Tanpa Henti Guna Kata Kesat Dalam Bas

Video tersebut bagaimanapun meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang turut tertanya-tanya motif di sebalik tindakan wanita berkenaan terhadap anaknya.

Kisah sebenar dikongsi

Foto: Shira Ira

Di sebalik video tersebut, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Shira Ira tampil menceritakan situasi sebenar dialami oleh wanita berkenaan yang dipercayai mengalami tekenan.

Dia jumpa kami mugkin Allah dah atur untuk bantu dia. Dia tidur di bilik bajet depan HOSHAS (Hospital Sultan Haji Ahmad Shah). Malam itu kebetulan ada jamuan di pizza Temerloh. Adik-adik dekat situ bagi dia makanan. Keadaan dia dan anak-anak sangat sedih.

Dakwa Shira Ira, wanita berkenaan telah dihalau oleh ibu mentuanya dan suaminya pula dikatakan ditahan berikutan kes dadah. Difahamkan dua kanak-kanak yang dibawanya merupakan anak bersama bekas suami yang terdahulu dan ibu mentuanya sama sekali tidak suka akan anak-anaknya.

Kenapa datang Temerloh?

Dah singgah Kuantan cari kerja di Kuantan. Tapi tak jumpa cari bilik. Sementara itu dia dan anak-anak hanya tidur di masjid. Katanya nak singgah je Temerloh dan nak ke Kuala Lumpur di tempat lama dia kerja sebelum ini.

Tapi kalau dapat kerja di Temerloh. Dia nk stay Temerloh ja, tapi dengan keadaan anak-anak dia agak susah. Sebab masalah juga dengan transport.

Tidak tahu viral sebelum ini

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu, Shira Ira bertindak menghantar wanita berkenaan ke rumah tumpangan buat sementara waktu dan turut memberikannya sepasang telekung.

Umi nasihat dia jangan pukul anak, umi peluk anak-anak dia. Dia kata Allah uji dia sebab dia lama tak solat. Masa umi nak balik anak dia peluk umi. Tak bagi balik nak ikut umi. Kesian macam kurang kasih sayang.

Selain daripada itu, wanita ini turut dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum diberikan sedikit bantuan yang secara tidak langsung dapat meringankan bebannya.

Saya beritahu dia kisah akak pukul anak dalam bas dah viral. Terkejut dia. Dia kata boleh tak nak tengok. Saya tunjuk dekat dia. Dia kata dia malu . Malu lah saya kak. Saya sayang anak saya, tapi saya tekanan kak keadaan macam ini.

Terbaru, wanita berkenaan sudah pun mendapat kerja di sebuah kedai makan terletak di Chow Kit, Kuala Lumpur dan terdapat individu yang menjaga anaknya.

Sumber: Shira Ira

SKIP THIS AD ×