Datuk Munirah Abdul Hamid, Pengasas PERTIWI (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia) menggesa kita semua untuk bertindak dengan bijak dengan membantu rakyat yang tercicir untuk maju ke hadapan bersama-sama.
OHBULAN! duduk bersama Datuk Munirah, berbincang tentang bagaimana untuk kita membantu orang ramai, lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini. Saksikan video penuh di bawah.
https://www.facebook.com/ohbulanofficialfan/videos/246296234628487
Di bulan yang mulia ini, foodpanda Malaysia bersama-sama Coca-Cola bekerjasama dengan PERTIWI untuk memberi kembali kepada yang memerlukan, terutama kepada kanak-kanak, rakan jalanan dan keluarga-keluarga yang tidak berkemampuan. Bukan itu sahaja, seluruh rakyat Malaysia juga dijemput untuk turut membantu dengan inisiatif yang ditawarkan oleh foodpanda Malaysia.
Inisiatif ini adalah usaha foodpanda Malaysia, Coca-Cola dan PERTIWI dengan harapan membawa erti dan sinar baru kepada mereka yang memerlukan, lebih lagi dengan Ramadan dan Raya yang kian dekat.
Pengguna aplikasi foodpanda Malaysia digalakkan untuk menggunakan kod PANDA sepanjang bulan Ramadan ini. Setiap pesanan yang menggunakan kod baucar, foodpanda Malaysia akan menyumbangkan satu hidangan kepada kanak-kanak, rakan jalanan dan keluarga yang di bantu PERTIWI. Pesan dan sumbangkan hidangan untuk yang memerlukan.
Bukan itu sahaja, foodpanda Malaysia juga berkerjasama dengan Coca-Cola, di mana setiap pesanan yang mengandungi barangan dari Coca-Cola menggunakan kod baucar PANDA, dua hidangan akan di sumbangkan kepada yang dibantu. Kod baucar juga boleh di gunakan untuk servis penghantaran makanan, pengambilan sendiri, foodpanda shops dan pandamart.
Marilah kita sama-sama memberi kembali kepada mereka yang memerlukan agar bulan yang mulia ini lebih manis bila dikongsi bersama.
Untuk maklumat lanjut, boleh KLIK sini!