![[VIDEO] Maryam Durian Kimchi Kongsi Tips Pilih Chopstick Untuk Anak – ‘Ramai Tengok Rina Guna…’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/WhatsApp-Image-2025-07-22-at-10.09.23_74b6a1ce.jpg)
Isteri kepada pempengaruh, Ryzal Ibrahim iaitu Maryam Durian Kimchi berkongsi tips memilih penyepit (chopstick) untuk anak-anak selepas netizen terpegun melihat anak sulungnya, Rina sudah mahir menggunakan perkakas itu.
Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Tak Cantik Selepas Peluk Islam, Maryam Durian Kimchi Jawab ‘Dah Enam Tahun’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rina Tenang Selepas Tertumpah Air, Didikan Ryzal & Maryam Dipuji Netizen – ‘Bijak Sangat Budak Ini’
Tiga tips

Menerusi perkonsian video di Instagram, pemilik nama You Narae dari Ansan, Korea Selatan, 32, berkata terdapat beberapa perkara yang perlu dititiberatkan semasa membuat pemilihan chopstick.
Yang pertama, pilih chopstick hujungnya berbentuk rata. Kawalan tangan kanak-kanak masih belum kuat sepenuhnya dan susah untuk ambil makanan jadi pilih yang rata.
Kedua, pilih lubang untuk jari yang tidak bergerak dan kedudukannya tetap. Kalau cuci lubang itu tidak bergerak dan kedudukannya tidak berubah.
Kalau lubang itu bergerak nanti kita tidak akan tahu kedudukan sebenarnya dan menyukarkan untuk kanak-kanak guna.
Kongsi Maryam, ibu bapa juga boleh memilih chopstick yang mempunyai pelekat di bahagian tengah supaya makanan yang diambil tidak mudah jatuh.
Kalau anak-anak tidak gemar makan, cuba bagi chopstick supaya mereka nampak macam tengah bermain.
Sumber: Instagram






