Sebagai seorang ibu pastinya sebak melihat anak-anak yang dijaga dari kecil mula membesar dan bersekolah.
Begitulah kisah Maryam Durian kimchi yang tidak dapat menahan sebak menghantar anaknya, Rina ke sekolah.
Artikel Berkaitan: Maryam Durian Kimchi Bawa Tuah! Tak Sampai Sejam, Tudung Leeyanarahman Licin Terjual 300,000 Helai
Artikl Berkaitan: Buat Video Masak Dengan Chef Anis, Netizen Puji Maryam DurianKimchi Makin Fasih Cakap Melayu
Artikel Berkaitan: Kena Kecam Bagi Anak Makanan Frozen, Ryzal Mohon Maryam Abaikan Komen ‘Puaka’ Netizen – ‘Hanya Seorang Ibu Yang Akan Faham’
Hari ke lima
Menerusi hantaran di TikTok, Ryzal Ibrahim memuat naik momen isterinya, Maryam yang mengalirkan air mata sejurus anaknya dihantar ke sekolah.
Sebak hati suami melihat isteri menangis.
Difahamkan, video itu diambil pada hari ke lima Rina mula bersekolah. Namun, Maryam masih merasakan sebak seperti pertama kali berjauhan.
Dalam video itu, Ryzal dilihat cuba untuk menenangkan Maryam dengan berseloroh mengenai anak mereka sendiri.
Maryam yang akhirnya tertawa itu membuatkan netizen memuji cara Ryzal melayan isterinya.
@ryzalibrhm Sebak hati suami melihat isteri menangis
Mak-mak memang macam ni
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat video yang dikongsi itu. Selain itu, terdapat juga netizen yang sempat berseloroh untuk tidak berkahwin jika tidak dikurniakan seseorang seperti Ryzal yang dikatakan pandai melayan isteri.
Sumber: TikTok @ryzalibrhm