berita

[VIDEO] ‘MasyaAllah, Macam Suara Azan Dalam TV’ – Netizen Meremang Bulu Roma Dengar Laungan Azan Pemuda Ini

February 8th, 2020 | by Shahira
Video Popular

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai satu video yang memaparkan seorang pelakon dan penyanyi dari Malaysia sedang melaungkan azan di sebuah masjid di Mesir. Kemerduan dan kelunakan suara ketika melaungkan azan di masjid berkenaan telah membuatkan ramai yang terpegun dan ‘jatuh hati’ kepada penyanyi ini.

Laung azan depan bilal masjid di Mesir

https://www.instagram.com/p/B8QvW1UB6bk/

Menerusi video berdurasi 2:28 saat yang dimuatnaik Sharul Kamal di laman Instagram miliknya memaparkan dia sedang melaungkan azan di hadapan bilal Masjid Sultan Muayyad. Difahamkan juga, pelakon dan penyanyi kacak ini berada di Mesir sejak seminggu yang lalu kerana menjalani satu penggambaran musim terbaru sebuah program travelogue.

Sementara itu, Sharul juga mengakui dia amat gementar ketika bilal masjid tersebut memintanya untuk melaungkan azan lebih-lebih lagi apabila dia diperhatikan. Menceritakan kisah itu, penyanyi ini turut memberitahu masjid tersebut merupakan salah satu masjid yang menjadi tempat tumpuan bilal pada zaman dahulu melaungkan azan.

Merdu sungguh!

Rata-rata peminat dan rakan artis memuji kemerduan suara penyanyi ini ketika melaungkan azan. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang turut sebak dan syahdu sehingga mengalirkan airmata sebaik sahaja selepas mendengar laungan azan ini.

Sumber: Sharul Kamal

SKIP THIS AD ×