Pelakon Mawar Rashid membuat keputusan untuk tidak lagi mendedahkan wajah anak-anak di media sosial kerana mahu menjaga privasi mereka.

Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Makin Cantik Si Mawar, Tak Macam Mak Ada Tiga Anak’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gayakan ‘Dress’ Berona Merah Jambu, Mawar Rashid Terima Pujian Melambung – ‘Adore Kecantikan Dia’

Privasi anak

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, berkata keputusan itu dibuat kerana tidak mahu anak-anaknya menjadi tumpuan ramai.

Sebab saya tidak dedahkan muka anak-anak kerana saya nak jaga privasi mereka dan saya juga hormat privasi mereka.

Setiap ibu bapa ada keputusan masing-masing dan kalau saya, saya nak tunggu anak besar.

Bagi mereka faham dahulu kalau privasi mereka didedahkan, mereka akan jadi public eye dan perkara yang akan dihadapi.

Sejujurnya, sebagai seorang public figure bukan mudah apabila diperhatikan ramai.

Mana-mana saya pergi orang akan kenal dan untuk tidak diperhatikan susah di negara ini.

Bila melancong baru boleh rasa bebas dan jadi orang biasa.

Mawar berkata demikian ketika ditemui semasa sesi fotografi drama Nikmat Yang Sesaat di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.

Berhenti ambil tawaran

Dalam pada itu, Mawar turut menjelaskan drama bersiri itu merupakan projeknya yang terakhir pada tahun ini kerana mahu memberi perhatian penuh membesarkan anak-anaknya.

Selepas habis penggambaran drama ini, saya memang mahu berikan fokus kepada anak-anak. Saya mungkin tidak lagi ambil tawaran untuk tahun ini lagi.

Untuk tahun depan, mungkin saya akan berfikir dahulu.

Anak sangat perlukan ibu bapa sewaktu kecil. Saya nak tengok anak-anak membesar di depan mata saya.

Untuk rekod, Mawar dan Raf Yaakob pernah disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017 sebelum disahkan bercerai pada November 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.