![[VIDEO] Mek Yun Kongsi Kepercayaan Masyarakat Cina Di Bulan Hantu – ‘Roh Lapar & Tak Tenang Keluar Masuk Dunia Manusia’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/mek-yun-1.jpg)
Selebriti media sosial dan pelakon, Mek Yun tampil berkongsi mengenai kepercayaan masyarakat Cina berhubung Bulan Hantu atau dikenali sebagai Hungry Ghost Month.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mek Yun Tempelak Tindakan Individu Guna Cerek Hotel Rebus Daging – ‘Ini Satu Penghinaan, Tolong Hormat Orang Lain’
Artikel Berkaitan: Mek Yun Bantu Fahamkan Soal Ibadah Korban – ‘Sembelihan Bukan Secara Kejam’
‘Tanda hormat supaya roh tak kacau manusia’
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, pemilik nama We Yu Nee memaklumkan bahawa sepanjang bulan ini, masyarakat Cina akan melakukan beberapa upacara khas sebagai tanda hormat terhadap roh yang dipercayai kembali ke dunia manusia.
Bulan ni ramai orang berbangsa Cina akan letak makanan, minuman dan colok tepi jalan.
Itu adalah sebagai tanda hormat untuk tenangkan roh-roh ni supaya mereka tak kacau manusia.
Upacara ni sebahagian orang Cina percaya, Pintu Alam Roh atau hantu akan terbuka sepanjang bulan ni.
Masa ini lah roh-roh dari alam lain yang lapar, tak tenang dan tak tenteram keluar masuk ke dunia manusia kita.
Sebab tu bulan ni dipanggil Hungry Ghost Month atau Bulan Hantu.
Mek Yun menjelaskan, antara ritual utama ialah membakar kertas yang digelar Hell Note, yang dipercayai akan diterima oleh roh sebagai wang kegunaan di alam mereka.
Duit kertas kami percaya bila bakar roh akan ‘terima’ duit tu untuk kegunaan di dunia mereka. Ini dipanggil ‘Hell Note’.
Makanan dan minuman diletak sebagai ‘offering’ untuk kenyangkan roh-roh berkeliaran. Colok pula untuk panggil roh datang menikmati ‘offering’
Lepas bakar, kami akan kemas dan bersihkan tempat ni.
Selain upacara, terdapat juga beberapa pantang larang yang diamalkan masyarakat Cina sepanjang bulan ini.
Antaranya ialah jangan keluar atau balik rumah selepas 12 tengah malam, jangan bergurau tentang hantu. Jangan terpijak makanan atau colok tepi jalan dan banyak lagi.
Sumber: TikTok







