berita

[VIDEO] ‘Membaca Al-Quran Dalam Keadaan Bersusah Payah Akan Memperoleh Dua Pahala’ – Daphne Iking Sebak Walaupun Bacaan Tidak Lancar

April 19th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon dan pengacara, Daphne Iking telah dijemput sebagai tetamu dalam sebuah program membaca al-Quran di sebuah stesen televisyen.

Artikel Berkaitan: Daphne Iking Akui Tak Pernah Makan Khinzir Sebelum Peluk Islam Lagi

Artikel Berkaitan: Rasa Janggal Keluar Tanpa Bertudung, Daphne Iking Nak jual Semua Baju Seksi

Peroleh dua pahala

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, memaparkan Daphne sedang membaca ayat al-Quran menerusi panggilan video sambil dibantu oleh panel dan hos program tersebut.

Paling menyetuh hati apabila sejurus selesai bacaan al-Quran, salah seorang panel iaitu Ustaz Don Daniyal menjelaskan tentang pahala orang yang membaca al-Quran dalam keadaan bersusah payah.

Kakak tahu kan sesiapa yang membaca al-Quran dalam keadaan bersusah payah akan memperoleh dua pahala, siapa yang membaca lancar baginya satu pahala bersamaan dengan para malaikat. Dan sesiapa yang bersusah payah akan dapat dua pahala, ini janji nabi.

Satu pahala sebab bersusah payah dan satu pahala sebab sebut ayat al-Quran. Semoga Allah kurniakan kedua-dua pahala tersebut buat kak Daphne.

Pemilik nama sebenar Daphne Eleanor M Iking tidak dapat menahan sebak ketika mendengar penjelasan tersebut. Malah semua panel rancangan itu juga memberi semangat dan mendoakannya.

Netizen sebak

Menjengah ke ruangan komen, video tersebut turut mengundang sebak dalam kalangan warganet yang memuji kesungguhan dan keberanian pelakon filem My Spy itu untuk membaca ayat suci al-Quran.

@acapalam

Berani dan semangat kita tengok sis Daphne. Geng ngaji tinggal 9 episod je lagi.

? original sound – Mudah Terhibur – Mudah Terhibur

Sumber: TikTok

 

SKIP THIS AD ×