![[VIDEO] Merangkak Atas Bumbung & Hilang, Makhlus Halus Dipercayai Kuntilanak Gemparkan Penduduk, Seram!](https://media.ohbulan.com/2020/04/kuntilanak-3.jpg)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita perlu mempercayai kewujudan makhluk halus di sekeliling kita kerana ‘mereka’ juga adalah ciptaan Allah. Kadangkala makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan.
Terbaru, viral satu video di media sosial memaparkan satu sosok yang dipercayai kuntilanak berada di atas bumbung di satu kawasan perumahan di negara sebarang iaitu Indonesia.
Kuntilanak merangkak atas atap
https://twitter.com/dulatips_/status/1249066328209547266?s=20
Menerusi video yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter iaitu Kak Dul memberitahu bahawa kejadian itu dipercayai berlaku pada waktu malam 12 April 2020 di sebuah Kompleks Perumahan Condet, Jakarta Timur. Dalam video itu juga dapat dilihat kuntilanak tersebut seakan-akan sedang merangkak ke bahagian belakang bumbung rumah tersebut.
Walaupun kualiti videonya agak kabur tetapi jika diperhatikan betul-betul memang jelas kelihatan sosok tubuh yang memiliki rambut panjang itu bergerak dari hadapan bumbung ke bahagian belakang sebelum dia menghilangkan diri.
Penjelasan pemilik video
https://twitter.com/dulatips_/status/1249069562345078784?s=20
Difahamkan, pemilik video tersebut iaitu Jihanharhara turut menjelaskan bahawa ketika kejadian memang dia sendiri telah melihat sosok tubuh kuntilanak itu sangat besar dan ianya langsung tidak menyerupai saiz tubuh manusia. Lebih menyeramkan apabila, makhluk halus itu seakan-akan tahu dirinya sedang dirakam dan tidak beberapa lama kemudian dalam sekelip mata sahaja dia telah menghilangkan diri.
Anak jiran sering diganggu


Menurut Jihanharhara, anak jirannya juga sering diganggu dan lebih menyeramkan lagi apabila anak kecil yang berada di rumah itu dikatakan sering melihat makhluk halus itu berkeliaran di kawasan kompleks perumahan berkenaan.
Gambar sudah diterangkan


Sumber: Kak Dul, Jihanharhara








