berita

[VIDEO] Merengek-Rengek Sambil Hisap Puting Pink, Netizen Syak MK & Isteri Bagi ‘Hint’ Bakal Timang Cahaya Mata

September 8th, 2023 | by Yong
Kini Trending

MK Siti Hajar

Penyanyi rap terkenal, MK dan isterinya, Siti Hajaar sekali lagi menarik perhatian warganet apabila wanita itu memuat naik sebuah video yang mengundang pelbagai spekulasi.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique & Siti Hajaar Minta Maaf Tak Pakai ‘Seat Belt’ – ‘Semoga Video Saya Itu Beri Pengajaran’

Bergurau dengan isteri

Menerusi hantaran di TikTok, kelihatan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin sedang menghisap puting berwarna merah jambu dan membuat aksi manja sambil berbaring di atas katil.

MK seakan-akan anak kecil yang sedang menangis apabila Hajaar menarik puting itu dan kembali senyap setelah dimasukkan kembali ke mulutnya.

Terhibur dengan gelagat MK, Hajaar tetap tenang melayan kerenah suaminya itu. Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-rata daripada mereka terhibur melihat gelagat MK bersama isterinya.

Namun ada yang berpendapat bahawa video itu seperti memberi petunjuk bahawa Hajaar kini sedang berbadan dua.

Komen netizen

Video

@hajaarsitiiSelamat pagi dari anak saya yang superrrr cute!!! ???????? original sound – Hajaar Siti

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×