![[VIDEO] ‘Meski Tak Berniat, Perbuatan Boleh Dikategorikan Sebagai Syirik’ – Da’i Wafi Komen Babak Cium & Minum Air Rendaman Kaki](https://media.ohbulan.com/2025/03/SyukriWafiyKomenDramaBidaah-1.jpg)

Pendakwah. Da’i Wafi tampil memberikan komen dan pandangannya mengenai sebuah drama yang menjadi sebutan dan kontroversi ketika ini iaitu ‘Bidaah’.
Artikel Berkaitan: ‘Mak Cik Erma..Boleh Lah Buat Drama Tentang Cinta Kepada Tanah Air, Islamik’ – PU Syed Tegur Erma Fatima, Drama Ada Unsur Tak Senonoh?
Lakonan atau minum betul-betul?
@syukriwafi #bidaah #viumalaysia #viuoriginal #dramatv #fyp ? Piano Melody – Jeon Dong Geun
Menerusi perkongsian yang dibuat di TikTok, Da’i Wafi memaklumkan timbul satu pertanyaan dalam fikirannya mengenai babak mencium dan meminum air rendaman kaki di dalam drama tersebut.
Lakonan dalam cerita ini yang ‘scene’ cium kaki kemudiannya diminum air kaki itu, adakah minum betul-betul atau lakonan semata-mata?
Ataupun yang dicium itu merupakan kaki palsu?
Bukan apalah sebab nampak ‘real’ sangat-sangat.
Menurutnya, dia faham bahawa drama tersebut dibuat bertujuan untuk memberikan pengajaran serta menggambarkan bagaimana penyebaran ajaran sesat itu berlaku.
Namun, Da’i Wafi menyifatkan babak yang ditayangkan melalui drama tersebut sebagai keterlaluan.
Cerita itu pula ditayangkan pada bulan Ramadan tahun ini yang menggambarkan tentang ajaran sesat tetapi dilakonkan semula ajaran tersebut.
Kita faham, tujuan asal dilakonkan semula ajaran sesat ini adalah untuk mendedahkan kepercayaan perkara yang karut-marut ini.
Dan saya yakin bahawa pelakon dan pengarah tiada niat untuk mempromosikan ajaran sesat sebab ia berkaitan dengan akidah yang boleh menyebabkan timbulnya salah faham dalam masyarakat.
Minta maaf cakaplah, tapi ia nampak sangat-sangat keterlaluan sebab sampai nak cium dan minum air kaki.
Berhati-hati pilih naskhah

Tambah Da’i Wafi, meskipun hanya sekadar lakonan, perbuatan tersebut boleh dikategorikan sebagai perkara yang menduakan Allah.
Walaupun perbuatan kita hanyalah contoh semata-mata, tetapi kita tak sedar yang sebenarnya kita telah melakukan perkara yang sama walaupun tidak berniat.
Sebenarnya boleh saja kan nak dedahkan ajaran sesat tanpa dilakonkan secara sangat ‘real’.
Kalau begitu, apa bezanya pelakon ini dengan pengamal ajaran sesat itu?
Meskipun dia tidak berniat untuk mensyirikkan Allah SWT, tetapi perbuatan syirik ini tak semestinya melalui mulut dan hati.
Kadang-kadang perbuatan kita itu pun boleh menyatakan syirik.
Di akhir perkongsian, Da’i Wafi menitipkan pesan buat mana-mana pelakon untuk lebih berhati-hati dalam memilih naskhah supaya tidak melakukan perkara yang ditegah Allah SWT.
Nak menyatakan ajaran sesat itu tiada masalah tetapi perlu berhati-hati.
Jangan main-main bab akidah dan kalau kita mencari rezeki dalam bidang lakonan, tolonglah tapis terlebih dahulu sebarang tawaran yang diberikan.
Terdahulu tular beberapa babak dalam drama Bidaah yang telah menimbulkan kecaman dalam kalangan segelintir netizen.
Selain babak mencium dan meminum air rendaman kaki, babak lain yang menimbulkan kemarahan adalah babak Ummi Rabiatul dilakonkan Vanidah Imran yang berbaring di atas katil sambil menyentuh janggut ketua ajaran sesat, Walid lakonan Faizal Hussein dengan menggunakan kakinya.
Sumber: TikTok







