![[VIDEO] Mia Ahmad Tersentuh Lihat Kasih Sayang Anak Kedua – ‘Bila Pergi Sekolah, Iriss Yang Hantar Abangnya Sampai Ke Pintu Kelas’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/mia.jpg)
Pelakon Mia Ahmad meluahkan rasa syukur apabila anak keduanya, Iriss sentiasa membantu menjaga cahaya mata sulungnya, Sayf Issa yang merupakan seorang kanak-kanak autistik.
Artikel Berkaitan: ‘Menjadi Ibu Kepada Issa Bukan Perjalanan Mudah’ – Mia Ahmad
Artikel Berkaitan: Mia Ahmad Hampir ‘Give Up’ Pertahankan Rumah Tangga, Akui Tidak Mudah Jalani Sembilan Tahun Bersama
Anak banyak membantu
Menerusi perkongsian di TikTok, Mia atau nama sebenarnya atau Samihah Ahmad Baderi, 38, mengakui pada awalnya dia berasa gusar ketika mengetahui Issa ialah seorang kanak-kanak autistik.
Bagaimanapun, kehadiran Iris dalam hidup mereka ternyata banyak memberikan kemudahan terutama kepada Issa.
Semasa kami dapat tahu Issa seorang autistik, salah satu ketakutan saya adalah, ‘Macam mana kalau ada anak lain? Takut perhatian pada Issa akan berkurang.”
Tapi Allah maha mengetahui. Rupanya Allah hadirkan Iris bukan untuk mengambil perhatian daripada Issa.
Allah hadirkan Iris untuk berjalan bersama Issa.
Menurut Mia, Iriss sentiasa melihat dia dan suami menguruskan Issa, sekaligus memupuk rasa tanggungjawab di dalam diri untuk sentiasa membantu abangnya.
Sejak kecil, Iris selalu observe kami, therapist, dan semua intervention yang Issa lalui. Tanpa kami sedar, dia belajar sekali.
Dia tolong Issa pakai kasut, dia ingatkan Issa apa yang perlu dibuat.
Dia pegang tangan Issa bila berjalan, dia alert kalau Issa lari atau hilang daripada pandangan.
Tambah Mia, dia sangat tersentuh dengan kasih sayang yang ditonjolkan anak perempuannya itu.
Hari ini, bila mereka pergi sekolah bersama, Iris yang akan hantar abang dia sampai ke pintu kelas.
Sebagai ibu, saya bersyukur. Bukan sebab saya letakkan tanggungjawab itu pada Iris tetapi kerana kasih sayang itu lahir sendiri.
Dan saya percaya, Allah tak pernah silap menyusun keluarga kami.
Untuk info, Mia mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sumber: TikTok








