Penyanyi, Mimi Fly menyifatkan kehidupan tanpa pasangan bukanlah satu kekurangan sebaliknya satu peluang untuknya berkarya dengan lebih baik serta mendekatkan diri kepada Tuhan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alunan Merdu Mimi Fly Ketika Mengaji Al-Quran Bikin Ustaz Tarmizi Terpegun – ‘Masya-Allah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Fly Mohon Maaf Papar Imej Berkemban Dalam MV ‘Serumpun’ – ‘Bukan Nak Cipta Sensasi, Cuma Obses Dengan Karya Sendiri’

Banyak ilham

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Shamimi Amalina Norisham, 39, mengakui banyak perubahan positif dalam kerjaya seninya selepas melalui episod perceraian.

Sekarang ini saya rasa lebih suka bersendirian (seorang diri), barulah saya rasa hubungan saya dengan Tuhan lebih kuat.

Saya buat lagu Angkat selepas saya bercerai. Sebelum ini saya ada persepsi lain tentang pasangan, cinta dan teman hidup.

Kawan-kawan rapat saya sendiri cakap bila dah breakup baru saya naik (kerjaya). Mereka kata saya perlu putus dalam hubungan dulu barulah saya bersemangat.

Mimi berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu NARA yang diadakan di Rexperience, Kuala Lumpur pada Rabu.

Hargai orang sekeliling

Dalam pada itu, Mimi berkata tempoh bersendirian turut mengajarnya untuk lebih menghargai kehadiran dan peranan orang sekeliling dalam hidupnya.

Bila ada pasangan, saya tidak banyak masa seorang diri dengan Tuhan. Apabila kita seorang diri, tidak tahu nak gambarkan perasaan itu tetapi saya rasa lebih dekat dengan Tuhan.

Ilham tu mudah datang. Rasa sayang dari keluarga dan kawan-kawan pun makin terasa bila kita seorang diri.

Saya tidak rasa apa-apa bila tengok orang lain ada keluarga sendiri. Mesejnya disini, jangan takut untuk hidup single. Sebenarnya ada banyak benda kita boleh buat kalau kita single.

Saya tidak rasa jadi single itu satu kesalahan. Bagi saya, inilah masanya untuk ada kehidupan sendiri. Banyak perkara baik yang perlu saya syukuri.

Dalam perkembangan lain, Mimi muncul dengan single baharu berjudul Nara yang diinspirasi daripada legenda Puteri Gunung Ledang.

Difahamkan, lagu Nara mempunyai elemen pop dan hip-hop dengan sentuhan muzik Nusantara yang menjadi identiti Mimi.