Pelakon, Mimi Lana enggan mengambil peduli tanggapan orang yang mengatakan dia seorang perokok tegar hanya kerana berhasil menjayakan watak sebagai perokok dalam filem atau drama.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Lana Sifatkan Syafiq Kyle ‘Anak Mak’

Artikel Berkaitan:  [VIDEO] Mimi Lana Tak Lepas Peluk Syafiq Kyle Di ‘Wedding’ Eyka Farhana, Netizen Berseloroh – ‘Ya Tahu, Kami Tak Ambil Suami Awak’

Tanggapan orang

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin. 30, berkata tanggapan orang tidak memberi kesan kepadanya kerana itu bukanlah dirinya yang sebenar.

Tidak mengapa, itu bermakna saya watak saya menjadi.

Saya tidak kisah kerana itu bukan diri saya. Ia hanyalah watak dalam filem.

Baguslah kalau mereka nampak saya macam profesional smoker kerana itu adalah watak dalam filem itu.

Mimi berkata demikian ketika ditemui di Tayangan Perdana Filem Mencari Ramlee, yang diadakan di Mid Valley, pada malam Khamis.

Watak perokok mencabar

Sebagai seorang yang tidak merokok, Mimi berkata watak perokok agak mencabar buatnya kerana ia perlu dilakukan berulang kali supaya ia sempurna.

Itu adalah cabaran saya. Hisap rokok di luar dan di dalam filem perasaan berbeza kerana memerlukan banyak take.

Ada satu babak saya perlu hisap rokok dengan kadar yang banyak sampai saya terbatuk-batuk.

Saya tidak hisap rokok di luar jadi agak mencabar juga.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor, Syafiq Kyle juga mengatakan ini bukan kali pertama dia membawa watak yang memerlukan untuk merokok di dalam filem atau drama.

Mimi juga berkata dia tidak menolak untuk melakonkan babak merokok sekiranya bersesuaian dengan jalan cerita filem tersebut.