![[VIDEO] Mimi Lana Tak Lepas Peluk Syafiq Kyle Di ‘Wedding’ Eyka Farhana, Netizen Berseloroh – ‘Ya Tahu, Kami Tak Ambil Suami Awak’](https://media.ohbulan.com/2025/05/MimiPelukDariBelakang.jpg)

Pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana mencuri tumpuan sewaktu menjadi tetamu di majlis resepsi pelakon, Eyka Farhana dan suaminya yang merupakan pemain bola sepak, Akhyar Rashid.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle Teruja Beraya Dengan Keluarga Besar Mimi Lana – ‘Saya Rasa Yang Manis Apabila Balik Kampung Berdua’
Mimi peluk Syafiq dari belakang
@eyka.farhana00 Semua Fav artist enjoy? #weddingvibes #artismalaysia #eykafarhana #fyp??viral?tiktok #eykaakhyar #weddingday #doayangbaikbaik #viralvideo ? original sound – Eyka Farhana?
Menerusi video dimuat naik akaun peminat Eyka Farhana, dapat dilihat suasana meriah para tetamu yang dibarisi selebriti popular ketika majlis tersebut.
Kesemu mereka sedang menari sambil berlatarbelakangkan lagu ‘Sinaran’ nyanyian asal Datuk Sheila Majid.
Namun, apa yang mencuri tumpuan ialah momen mesra yang dipaparkan Mimi dan Syafiq di penghujung video.
Dapat dilihat, Mimi begitu erat memeluk Syafiq daripada belakang sambil suaminya itu merakam suasana meriah rakan selebriti yang lain.
Komen netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen begitu teruja melihat momen ‘sweet’ ditunjukkan Syafiq dan Mimi.
Sekadar info, Syafiq dan Mimi mendirikan rumah tangga pada 14 Februari lalu di Taiping, Perak.
Sebelum ini, Mimi dan Syafiq pernah menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun. Mereka pernah membatalkan majlis pernikahan di saat akhir yang dijadualkan pada 18 Ogos 2023.
Sumber: TikTok







