berita

[VIDEO] ‘Minta Bungkus Nasi Separuh Daripada Pelayan Dibalas Dengan Muka Kerek’ – Cef Zam

August 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Chef Zam

Personaliti masakan terkenal, Cef Zam meluahkan rasa berang terhadap layanan yang diberikan pekerja sebuah kedai makan yang dikunjunginya di Terengganu, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Sangka Ramai Bacul, Patutlah Ditipu Hidup-Hidup’ – Chef Wan Jijik Tengok Barang Rampasan Rumah Najib

Artikel Berkaitan: Nak Melancong Ke Hong Kong? Kami Kongsikan Tips & Pengalaman Menakjubkan Selama 4H3M Buat Pelancong Muslim!

Layanan kurang mesra

Chef Zam

Menerusi hantaran di TikTok, Cef Zam berkata, dia meminta daripada pelayan itu untuk membungkuskan nasi separuh.

Namun pelayan itu menegaskan kedainya tidak menjual nasi separuh.

Kata Cef Zam, pelayan tersebut turut mempamerkan wajah yang kurang mesra.

Kami orang Melayu bila dah maju, dah ramai pelanggan masuk, dia jadi macam kerek (berlagak) sikit.

Saya baru keluar dari satu kedai nasi kukus dekat Kemaman, Terengganu. Saya kata pada dia, saya nak nasi separuh sahaja, lepas itu dia kata nasi separuh tak jual.

Dengan mukanya yang tak mesra langsung. Dia tak kenal siapa saya, tapi itu tidak menjadi isu pun kalau kenal atau tidak.

Cef Zam atau nama sebenarnya Zamzani Abdul Wahab berkata, dia meminta nasi separuh kerana tidak mahu berlaku pembaziran sekiranya tidak habis dimakan.

Saya tak mahu nasi penuh sebab nanti saya tak habis makan dan saya akan buang. Daripada membazir lebih baik bagi pada pelanggan lain yang mungkin nak nasi lebih atau nasi satu setengah. Saya bayar penuh pun tidak apa.

Bagaimanapun, kata Cef Zam, sikap pelayan terbabit tiba-tiba berubah selepas ada seorang pelanggan lain yang mengajaknya untuk bergambar.

Lepas itu, bila orang kedai itu nampak ada pelanggan lain bergambar dengan saya, barulah dia macam tiba-tiba menggelabah sampai birat sikit muka. Hah itulah kekwat.

Video

@chef.zam #nasikukus #ChefZam ##carimakan #Ganukite #kekwat #fyp??viral #fypage #berleter #jangansombong #bengang ? original sound – Prof. Chef Zam

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×