Seperti yang kita semua tahu, Hong Kong kini merupakan satu destinasi yang kian mendapat tempat di hati pelancong.
Ini adalah kerana Hong Kong merupakan bandar yang mesra muslim bukan sahaja dari segi makanan, malah dari segi keselesaan dan kemudahan yang lebih dititikberatkan.
Lebih menarik, baru-baru ini admin juga berpeluang untuk berkunjung ke Hong Kong dan berkesempatan melawati pelbagai tempat tumpuan pelancong dan yang paling penting, muslim friendly! Jadi, buat korang yang ingin bercuti, Hong Kong wajib ada dalam list destinasi pilihan korang okay!
Jom admin kongsikan antara tempat-tempat yang min lawati dan beberapa tips penting buat pelancong Muslim!
Penerbangan selesa dengan seleksi makanan halal melalui Cathay Pacific!
Buat korang yang masih tercari-cari penerbangan yang sesuai untuk ke Hong Kong, min cadangkan korang terbang dengan Cathay Pacific.
Untuk pengetahuan korang, Cathay Pacific adalah syarikat penerbangan asal Hong Kong yang ditubuhkan lebih 75 tahun dan merupakan ahli oneworld global. Kumpulan Cathay Pacific juga terdiri daripada syarikat penerbangan Hong Kong dengan pengalaman penerbangan dengan tempat duduk selesa, pilihan hidangan baharu yang lazat, sistem hiburan dalam penerbangan yang canggih dan krew penerbangan yang sangat mesra!
Lebih menarik lagi, semua hidangan dalam penerbangan Cathay Pacific pergi dan balik ke Indonesia, Bangladesh, Malaysia dan negara timur tengah adalah halal dan disediakan mengikut kaedah halal melalui salah satu dapur penerbangan terbesar di dunia iaitu Cathay Pacific Catering Services (H. K.) Ltd. (CPCS). Memang halalan toyyiban, tak perlu ragu-ragu dah!
PENAFIAN: Buat penumpang yang ingin memesan makanan halal boleh membuat permintaan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum penerbangan yang dijadualkan, ok!
Kemudahan & tempat solat yang selesa
Kebiasaannya bila melancong ke bandar yang bukan majoritinya muslim, agak sukar untuk mencari tempat untuk solat, betul tak? Tapi di Hong Kong, jangan bimbang kerana dari lapangan terbang sehingga ke Pulau Hong Kong, terdapat puluhan surau dan masjid yang akan korang temui di seluruh bandarnya.
Berikut adalah beberapa pilihan untuk rujukan korang:
Hong Kong International Airport
Terletak di tingkat 7, Balai Berlepas berdekatan Check-in Aisle A, bilik sembahyang ini dilengkapi dengan tempat mengambil wuduk dan penunjuk kiblat untuk kemudahan pengguna.
Masjid Ammar and Osman Ramju Saddick Islamic Centre
Terletak di Wan Chai, masjid yang juga pusat Islam ini adalah masjid ketiga yang dibina di Hong Kong. Di sini juga, korang boleh menikmati pelbagai makanan halal Cina Muslim terutamanya variasi dimsum dan menu-menu lain yang cukup menyelerakan di tingkat 5 masjid tersebut.
Masjid Jamia
Masjid Jamia merupakan masjid yang tertua di Hong Kong. Ia terletak bersebelahan Mosque Street dan Mosque Junction yang dinamakan sempena masjid ini. Mufti Abdul Zaman adalah Imam utama Masjid ini dan beliau mengimami solat dan tarawih di bulan Ramadhan.
Klik di sini untuk surau dan masjid di seluruh Hong Kong.
Taman tema mesra Muslim!
Tak lengkap rasanya bercuti ke Hong Kong tanpa mengunjungi destinasi wajib Hong Kong seperti Disneyland dan Ocean Park. Dalam trip kami kali ini, semestinya ini antara tempat yang paling ditunggu-tunggu!
Hong Kong Disneyland
Selepas berakhirnya pandemik, para peminat nombor satu Disney kini dapat merasai kembali keseronokan dan pengalaman mengujakan di tempat paling menggembirakan di bumi iaitu taman tema Disneyland!
Lebih menarik, tahun ini Hong Kong Disneyland membawakan pelbagai pengalaman terbaru seperti persembahan pentas Follow Your Dreams, pertunjukan lampu dan bunga api Momentous, sesi meet and greet bersama watak Disney: Mickey Mouse, Marvel Super Heroes dan Duffy and Friends!
Kami berpeluang menyaksikan pertunjukan musikal outdoor secara live iaitu Follow Your Dreams yang dipersembahkan oleh krew Disney dengan nyanyian dan tarian bertenaga mereka yang berlangsung selama 20 minit. Beberapa lagu terkenal juga telah disusun semula dan dihasilkan untuk memberi tetamu pengalaman yang tidak pernah didengari sebelum ini dengan menampilkan muzik elektronik.
Pada sebelah malamnya pula, kami dihiburkan dengan persembahan yang paling dinanti-nantikan dan digelar sebagai The Most Magical Show on Earth oleh peminat Disney iaitu pertunjukan lampu berteater, air pancut berkoreografi, laser, piroteknik dan pertunjukan bunga api di istana ikonik iaitu Castle of Magical Dreams!
Meliputi 6 bab, persembahan kali ini membawakan tema yang baru saja dilancarkan pada Jun ini iaitu Momentous. Pertunjukan yang berlangsung selama 20 minit ini bukan sahaja dapat memukau penonton, malah dapat mengimbau kembali memori mereka dengan karakter Disney semasa kecil. Sangat mengujakan!
Oh ya, lepas dah seharian berhibur, mesti perut pun dah lapar. Haa..untuk menjamu selera, jangan risau sebab di Tahitian Terrace yang terletak di kawasan Adventureland terdapat pelbagai pilihan menu yang disahkan halal. Kalau korang tertanya-tanya kat mana nak sembahyang pula, korang boleh pergi ke “quiet room” di kawasan Mystic Point untuk menunaikan solat dengan selesa dan mudah.
Ocean Park
Ocean Park Hong Kong ialah taman tema yang menggabungkan keseronokan, pendidikan dan pemuliharaan, daripada akuarium bertaraf dunia dan panda gergasi yang cantik kepada ekspedisi kutub dan rides yang mendebarkan yang mengujakan.
Di sini, korang bukan hanya boleh menikmati rides yang mencabar seperti roller coaster Hair Raiser, The Flash, The Rapids, Wild Twister, Mine Train, Rev Booster, Whirly Bird, Crazy Galleon, Ferris Wheel dan Cable Car, malah korang sekeluarga juga berpeluang untuk merasai pengalaman memberi makan penguin dan anjing laut, melihat panda di Panda Village dan banyak lagi!
Nak cari makanan halal pun mudah je, korang boleh menikmati makanan halal menyelerakan di Clown Corner dengan seleksi menu yang pelbagai. Di sini juga turut disediakan bilik solat untuk kemudahan pengunjung Muslim.
Makanan & restoran halal? Tiada masalah!
Selain surau dan masjid, restoran dan makanan halal adalah antara yang paling penting buat pelancong Muslim ketika bercuti. Siapa kata susah nak cari makanan halal di Hong Kong?
Tak perlu susah hati kerana korang akan temui banyak restoran halal yang bukan sahaja menyediakan makanan halal serta vegetarian, malah dengan dekorasi yang sangat Instagram-worthy!
Jashan Celebrating Indian Cuisine (Halal Certified)
Kalau korang nak tahu, restoran ini dianugerahkan sebagai Restoran Masterchef Recommendation yang berprestij pada 2019 dan Restoran GHM Cordons Bleus Recommendation pada 2016. Ia juga merupakan restoran pertama di Hong Kong disebut dalam Panduan Michelin untuk masakan India.
Di sini, korang boleh nikmati menu masakan kontemporari India seperti chicken tikka masala, butter chicken, nasi beriyani, garlic naan, manisan gulab jamun dan banyak lagi.
Alamat: 1/F, Amber Lodge, 23 Hollywood Road, SOHO, Central.
Islamic Centre Canteen, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick
Untuk korang yang gemar makanan Cina Muslim, korang memang wajib ke sini. Kami dah cuba dan memang semua makanannya tidak mengecewakan! Terdapat pelbagai menu pilihan makanan autentik Kantonis dan Cina, dimsum halal juga merupakan antara menu yang paling popular di sini. Harganya pula sangat berpatutan dan berbaloi.
Alamat: 5/F, Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Salvation Amy Street, Wan Chai
Gaylord Indian Restaurant (Halal Certified)
Restoran ini ialah syurga rahsia yang terletak di tengah-tengah Tsim Sha Tsui dan disyorkan oleh Michelin Guide dan diiktiraf untuk hidangan asli dan tradisional India sejak tahun 1972.
Rekaan dalamannya yang selesa, suasana yang elegan dan ambience yang meriah menambah pesona eksotiknya, menjadikannya tempat tumpuan pelancong dari segenap negara.
Gaylord Indian Restaurant menyajikan menu-menu asli India seperti golgappa, truffle naan, briyani, tandoori BBQ chicken, mango lassi dan banyak lagi.
Alamat: 5/F, Prince Tower, 12A Peking Road, Tsim Sha Tsui
JAJA
Instagrammable, restoran vegetarian fancy dengan hidangan dan minuman vegetarian yang asli dan inovatif merupakan gambaran terbaik untuk restoran JAJA!
Sebaik je melangkah masuk ke JAJA, korang mesti akan terpegun dengan rekaan dalamannya yang serba merah jambu, dihiasi dengan perabot berwarna pastel dan teddy bear yang sangat cute!
Makanannya pun tak kurang lazat yang terdiri daripada fusion Jepun: Living Maki Platter, Cantonis & China: Soup-er Wontons, menu Itali: 1 Meter Red Curry Pizza, Smokey Corn Ribs dan paling istimewa signature desserts seperti pelbagai pilihan milkshake, jus dan kek.
Alamat: 6/F, Pusat Kesenian Hong Kong, 2 Harbour Road, Wan Chai
Flaming Frango
Nak tukar selera dengan makanan Cina dan India? Flaming Frango menyajikan kelainan dengan menu ayam Piri-piri grilled, burgers, wraps, buffalo wings, fajita serta hidangan pencuci mulut yang menyelerakan dan semestinya halal untuk dinikmati!
Alamat: G/F Escapade, 55 Elgin Street, Soho, Central, Hong Kong China
Untuk lebih banyak pilihan restoran halal di Hong Kong, korang boleh klik di sini.
Nak beli buah tangan untuk yang tersayang? Imperial Patisserie menawarkan pilihan pastry yang halal & enak!
Tak lengkaplah bercuti tanpa bawa pulang buah tangan atau souvenir untuk yang tersayang, betul tak? Asyik-asyik beli fridge magnet dan key-chain, haa..apa kata kali ni kita buat kelainan sikit.
Jika korang adalah peminat pastri Hong Kong, korang wajib berkunjung ke Imperial Patisserie sebuah kedai pastri yang pakar dalam pembuatan pastri Cina halal di Hong Kong yang sesuai untuk dijadikan cenderahati.
Imperial Patisserie menyajikan pelbagai produk pastri seperti Egg rolls, Michelin Palmiers, Crispy Cookies, Mooncakes dan Tonggwoji yang disahkan halal oleh The Incorporated Trustees of the Islamic Community Fund of Hong Kong. Mereka telah memperoleh pensijilan halal pada tahun 2020 dan menghabiskan banyak masa menyemak sumber bahan untuk memastikan ianya mesra Muslim!
Imperial Patisserie terdapat di pelbagai lokasi di Hong Kong termasuk Tsim Sha Tsui, Wan Chai dan Causeway Bay.
Dengan banyak pilihan makanan halal di Hong Kong, tempat untuk beribadah yang selesa dan hotel-hotel yang mesra Muslim, admin yakin, Hong Kong merupakan lokasi yang sangat unik dan ikonik untuk pengembara Muslim dari segenap pelosok bandar.
Jujur admin katakan, pengalaman 4 hari 3 malam di sana bukan sahaja memberikan keseronokan dan pengalaman mengasyikkan, malah membuka mata lebih ramai pelancong di luar sana untuk melihat Hong Kong sebagai bandar yang sangat meraikan pengunjungnya dari pelbagai latar belakang agama dan bangsa.
Terima kasih Hong Kong Tourism Board di atas pengalaman yang sangat berharga ini!