![[VIDEO] Mira Filzah Raih Perhatian, Netizen Terpukau Lihat Kelembutan Gerak Tari](https://asset.ohbulan.com/2026/07/mf.jpg)
Pelakon Mira Filzah menyorot perhatian apabila mempamerkan bakat menarinya ketika menghadiri sebuah kelas tarian bersama rakan seindustri, Nurin Afiqah.
Artikel Berkaitan: Suami Mira Filzah Luah Harapan Buat Anak, Doa Jadi Insan Beriman & Berbakti – ‘Kamu Sentiasa Disayangi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Buka Threads Setiap Hari’ – Mira Filzah Enggan Panjangkan Isu Sombong
Pandai menari
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Mira, 33, dilihat mengikuti kelas tarian selama sejam dengan menggunakan lagu Gabriela yang dipopularkan oleh kumpulan wanita dari Korea Selatan.
Pada hantaran yang sama, Nurin menzahirkan rasa teruja apabila berpeluang menjadi pasangan tarian pelakon berusia 33 tahun itu selepas sedekad meminatinya.
Saya adalah peminat Mira sejak 2017.
Tahu-tahu jadi pasangan tarian.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat kelembutan gerak tari Mira Filzah yang disifatkan cukup memukau.
Sumber: TikTok @nurinafiqaaah








