Pelakon Mira Filzah mengakui rindu untuk kembali berlakon selepas bercuti lama sejak melahirkan anak lelaki, Wan Khair Amir.
Artikel Berkaitan: Mira Filzah Menangis ‘Outstation’ Tanpa Anak, Sedia ‘Cooler Box’ Untuk Simpan Stok Susu
Artikel Berkaitan: Pilih Tema ‘Hot Air Balloon’, Mira Filzah Tetapkan SOP Untuk Majlis Aqiqah
Kembali beraksi
Ketika ditemui OhBulan!, Mira menyatakan dia akan aktif semula di set penggambaran pada tahun hadapan. Meskipun anak keutamaan utama namun kata Mira, 29, sekarang ini dia sudah mempunyai ‘helper’ untuk menjaga Amir.
Insya-Allah tahun depan jika ada watak yang sesuai, saya akan mula berlakon semula. Saya dah mula rasa rindu, apatah lagi tahun ini memang sibuk dengan kerja-kerja duta produk dan sebagainya.
Sekarang dah ada anak kan, saya akan tengok waktu yang sesuai. Anak adalah keutamaan saya tetapi sekarang ini dah ada pembantu (helper) boleh la susun pengurusan masa dengan baik. Suami pun bagi ‘green light’, tak ada halangan.
Anak jadi rebutan iklan
@ohbulanofficial Kongsi rezeki dengan anak ?? #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment #mirafilzah #kongsi #rezeki #anak ? original sound – Ohbulan
Tambah pelakon drama Pujaan Hati Kanda, dia meletakkan kepercayaan kepada ‘helper’ untuk menguruskan Amir sepanjang dia dan suami keluar bekerja.
Saya percaya bukan saya seorang yang menjadi ibu, ramai lagi di luar sana. Ada yang terpaksa terus bekerja selepas habis berpantang. Jadi, untuk meninggalkan anak itu kena percaya, cari orang yang tepat dan selebihnya kita tawakal.
Dalam pada itu, ditanya sama ada dia membenarkan anak masuk dalam industri seni, pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman terbuka untuk berkongsi populariti.
Ada tawaran untuk iklan, kami tengah mempertimbangkan. Tetapi kalau untuk drama saya tak galakkan sebab akan mengambil masa lama dan penat. Saya bersedia untuk kongsi ‘limelight’ dengan anak. Anak sendiri tak apa (senyum).
Amir suka tengok kamera. Saya pernah cuba shooting untuk satu jenama ini, alhamdulillah dia memberi kerjasama.
Mira berkata demikian ketika ditemui pada majlis RR Empire Program yang diadakan di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur pada Rabu.
Suka RR
Bercerita mengenai RR atau Rizman Ruzaini, Mira mengakui merupakan pengguna setia produk jenama itu. Katanya, dia menggagumi hasil kerja pereka duo tersebut yang sentiasa menghasilkan rekaan di luar kotak.
Sebenarnya saya merupakan pengguna setia produk-produk keluaran RR malah baju kahwin pun dari mereka.
Bila dapat jadi muse mereka, lagi-lagi untuk koleksi tudung. Alhamdulillah, rekaan mereka memang senang dipakai dan selesa untuk digayakan semua orang.
Terdahulu, Mira dan Wan Emir Astar, 32, bernikah pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Pasangan itu dikurniakan Wan Khair Amir pada 10 Mei lalu di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Sumber: Instagram @mfmirafilzah