Selepas hampir lima bulan, pelakon popular Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar atau Emir akhirnya berkongsi wajah putera sulung mereka, Wan Khai Amir kepada umum.
Artikel Berkaitan: Mira Filzah Menangis ‘Outstation’ Tanpa Anak, Sedia ‘Cooler Box’ Untuk Simpan Stok Susu
Tema ‘hot air balloon’
Baru-baru ini, Mira dan Emir mengadakan sebuah majlis aqiqah yang diadakan secara sederhana dan tertutup.
Majlis yang bertemakan ‘hot air balloon’ itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.
Pada hari bahagia itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda sedondon dengan suami dan anak memakai warna hijau lembut.
Ada SOP kena patuh
Untuk menjaga keselamatan anak tercinta, Mira, 29, telah menetapkan beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) yang wajib dipatuhi setiap tetamu.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman memuat naik satu foto yang menyenaraikan peraturan ketika berjumpa dengan anak lelakinya.
Antaranya adalah disarankan untuk mencuci tangan, perlu meminta izin sebelum menyentuh, dilarang untuk mencium dan mendekati bayi sekiranya sakit.
Terdahulu, Mira dan Emir, 32, bernikah pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Pasangan itu dikurniakan Wan Khair Amir pada 10 Mei lalu di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Sumber: Instagram @mfmirafilzah