berita

[VIDEO] MK Nikahkan Kakak Sendiri Dengan Sahabat Baik

October 11th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan selamat menjadi wali dan menikahkan kakaknya sendiri iaitu, Siti Hawa bersama sahabat baiknya Fareed Saddi di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah.

Artikel Berkaitan: Saya Memang Anak Mak – MK K-Clique

Artikel Berkaitan: Aman RA Kembali Bergelar Suami – Doa Yang Terbaik

Fareed K-Clique, Hawa sah bergelar suami isteri

Dengan sekali lafaz, anggota kumpulan K-Clique iaitu Fareed K-Clique sah bergelar suami kepada Siti Hawa. Apa yang lebih menarik, majlis pernikahan tersebut diwalikan sendiri oleh MK. Menurut perkongsian penyanyi, Sabhi Saddi yang merupakan abang kepada Fareed, dia amat gembira kerana adik kesayangannya itu akhirnya bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya.

Syukur majlis berjalan lancar. Saya gembira melihat adik sudah berkahwin. Banyak yang dia lalui sebelum ini. Saya juga lihat Fareed berubah menjadi seorang yang lebih baik menjelang hari pernikahannya

Difahamkan majlis yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh ahli keluarga terdekat pihak pengantin dan dan majlis resepsi didakwa bakal diadakan pada Disember depan.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mr Sabhi ?? (@sabhisaddi)

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×