Hantaran ibu kepada pelakon jelita, Anna Jobling iaitu Ariz Arop menyorot perhatian apabila berkongsi momen istimewa semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Bercuti Dengan Ramai Orang, Saya Nikmati Masa Berehat’ – Anna Jobling

Artikel Berkaitan: Anna Jobling Syukur Hubungan Dengan Ibu Kembali Jernih – ‘Syurga Saya Di Bawah Tapak Kaki Dia’

Momen ibu anak

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Anna atau nama lengkap Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 26, dilihat membantu mengemaskan tudung yang dipakai ibunya.

Pada hantaran yang sama, Anna bersama ibunya mengenakan pakaian baharu sedondon sekali gus menjadikan momen tersebut lebih bermakna dan istimewa.

3 Syawal.

Momen berdurasi selama 14 saat itu meraih perhatian warganet yang tumpang bahagia melihat keakraban Anna dan ibunya di pagi raya.

Netizen tumpang bahagia

Sumber: Instagram @mamajobling