berita

[VIDEO] Momen Bapa Tunaikan Hajat Anak Hidap Kanser Mandi Kolam, Undang Sebak Netizen

June 23rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Seorang bapa sanggup mendukung anaknya yang sakit demi menggembirakan dan menunaikan permintaan untuk merasai pengalaman berada di dalam kolam mandi.

Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Kumpul Dana Selamatkan Nyawa Luth – ‘Dia Ditidurkan Buat Masa Sekarang’

Artikel Berkaitan: ‘Tuhan Je Tahu Luluh Hati Ini’ – Puteri Sarah Susah Hati, Anak Perempuan Dijangkiti Covid-19 Kali Kedua

‘Tunaikan permintaan anakanda’

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan sedang mengangkat anaknya. Kanak-kanak itu dibaringkan di atas pelampung sebelum diangkat oleh bapanya ke dalam kolam.

Assalamualaikaum sahabat TikTok semua, sekadar perkongsian permintaan anakanda Nurul Jannah untuk pergi kolam.

Dalam pada itu, sebagai bapa dia juga berdoa dan berharap agar itu bukanlah kali terakhir dia dapat menunaikan permintaan anaknya itu.

Semoga ini bukan kali terakhir papa dan ummi dapat tunaikan permintaan kamu.

Kanser saraf tahap 4

Tinjauan OhBulan! mendapati Nurul Jannah yang berusia 9 tahun adalah seorang penghidap kanser saraf Neuroblastoma yang kini berada pada tahap empat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat keadaan kanak-kanak tersebut dan mendoakan kesembuhan buatnya.

@syukrilazizi

Assalamualaikum shbt Tt semua, sekadar perkongsian permintaan anaknda Nurul Jannah utk pergi kolam.Moga bukan yg terakhir papa & Ummi dpt tunaikan permintaan kamu ??

? Sayang Sampai Mati – Firman Khan

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×