Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa rindu kepada anaknya, Sumayyah yang dikhabarkan dijangkiti virus Covid-19.
Artikel Berkaitan: ‘Doakan Saya Pulak’ – Puteri Sarah Liyana
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Sakit Mata, Syamsul Yusof Sibuk Bekerja Punca Tidak Hadir Mahkamah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kebebasan Puteri Sarah ‘Bersuara’ Ditetapkan 14 Ogos
Rindu anak
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), ibu kepada dua cahaya mata ini memaklumkan bahawa dirinya tidak dapat bersama menjaga Sumayyah akibat daripada kesibukan bekerja.
Namun begitu, Puteri Sarah bersyukur dengan kehadiran ibunya yang membantu dalam menjaga Sumayyah.
Ni kali kedua Sumayyah kena. Harini dah hari ke-6 kuarantin.
Sedih sangat kalini tak dapat jaga Sumayyah kuarantin sebab Sarah busy shooting. Alhamdulillah mama Sarah tolong jagakan.
Tapi setiap kali video call mesti adik (Sumayyah) menangis nak mama. Allah je tahu luluh hati ini berjauhan dengan anak.
Dalam pada itu, aktres berusia 38 tahun itu memohon doa dari orang ramai agar diberikan kesembuhan segera buat anaknya, Sumayyah.
Sihat cepat Sumayyah!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan buat Sumayyah agar dapat segera bertemu dengan ibunya. Selain itu, kecantikan Sumayyah juga mencuri tumpuan yang saling tidak tumpah seperti ibu tercinta.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana