Keakraban yang dikongsikan di media sosial antara aktres Erra Fazira dan pengasas Kueh Cafe, Ezwan Zain mendapat sokongan netizen untuk menjalinkan hubungan istimewa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mesra ‘Live’ Bersama, Peminat Doakan Erra Fazira & Mr E Cepat Kahwin

Artikel Berkaitan: Erra Fazira & Mr.E ‘Healing’ Bersama, Lepak Tepi Sungai Sambil Bakar Bbq – ‘Andai Bumi Terbelah, Aku Tetap Cinta Padamu’

Pandangan pada Erra

@fanpage78780 Tark e wafa Episode 9??#unfrezzmyaccount #pleaseunfrezzemyaccount #foryoupage #pleaseviralthisserial #pleaseviraldarama #pleaseviralkrdo ? original sound – fan page ????

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr.E meluahkan rasa syukur apabila perniagaannya sering dibantu oleh Erra.

Menurutnya, Erra seorang yang matang dan mudah untuk dibawa bincang.

Ramai yang tanya tentang live baru-baru ini, dengan Erra.

Alhamdulillah saya ada kawan yang sudi membantu untuk mempromosikan bisnes.

Erra seorang yang matang, elegan, dan senang untuk dibawa bincang.

Akhir sekali, saya boleh katakan dia bijak orangnya.

Dalam pada itu, pengasas Kueh Cafe juga berkongsi jenis-jenis kuih kegemaran aktres berusia 51 tahun.

Netizen doakan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong pasangan itu untuk menjalinkan hubungan istimewa. Selain itu, warganet turut mendoakan agar perniagaan Ezwan lebih maju.

Sumber: TikTok @keluarga