berita

[VIDEO] Muat Naik Momen Bertemu Dengan Rossa, Shiha Zikir Buat Netizen ‘Keliru’ – ‘Kembar Beza Negara’

June 15th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Penyanyi, Shiha Zikir berkongsi rasa terujanya apabila dapat berjumpa dengan penyanyi hebat Indonesia, Rossa menerusi hantaran di Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: Kemenangan Hasil Usaha Keras Selama Ini, Shiha Zikir Akui Terkejut Menang Besar Di AME 2021

Bergegas dari tempat shooting

Menerusi hantaran dimuat naiknya di IG itu, Shiha mendedahkan bahawa dia bergegas dari lokasi penggambaran ke The Curve, Damansara untuk bertemu dengan Rossa yang hadir di majlis pelancaran serta sidang media bagi konsertnya, Another Journey: The Beginning.

Menurut Shiha, dia berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk bertemu dengan Rossa di samping memuji sikap pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta itu yang disifatkannya sebagai seorang yang begitu merendah diri.

Bergegas tadi dari shooting demi kesayangan Shiha, Datuk Rossa.

Sayang teteh ocha (Rossa) sebab dari dulu sampai sekarang kekal rendah diri.Tak sia-sia jadi peminat dari sekolah dulu hehe.

Terima kasih sudah whatsapp Shiha untuk datang hadir ke majlis pelancaran album baru, yay gembira sangat.

Mana satu Shiha ni?

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Shiha yang begitu teruja ketika dapat bertemu dengan penyanyi pujaannya itu.

Bukan itu sahaja, hantaran dibuat Shiha itu juga membuatkan wargamaya menjadi ‘keliru’ dek kerana rupa mereka yang mirip persis sepasang kembar.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×