berita

Kemenangan Hasil Usaha Keras Selama Ini, Shiha Zikir Akui Terkejut Menang Besar Di AME 2021

May 30th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Shiha Zikir dinobatkan sebagai Artis Top Top Meletop Wanita. Bukan itu sahaja Shiha juga berjaya merangkul empat lagi anugerah iaitu Lagu Meletop Era, Artis Versatil Meletop, Duo/Kumpulan Meletop dan Bintang Filem meletop. Tahniah!

Berusaha keras selama ini

Menurut Shiha, dia hanya mampu bersyukur dengan kemenangan yang tidak pernah diduganya itu. Tambahnya, dia berusaha keras selama ini kerana minat yang mendalam.

Kalau sebut nama Shiha Zikir pencalonan awal pun susah. Shiha rasa ni permulaan yang macam mimpi. Tercalon terkejut dah apatah lagi Top 5. Tiba-tiba nama sebut terketar pula. Inilah salah satu cara saya hargai para peminat. Saya anggap kemenangan ini rezeki hasil daripada usaha keras yang dibuat. Selama ini, saya sentiasa cuba menerima apa saja peluang yang datang dan tidak menghiraukan juga pelbagai tanggapan yang dilemparkan kepada saya. Saya mula dengan menyanyi, berlakon dan kini penyampai radio.

Setiap tawaran kerja yang datang itu, rezeki dan saya juga suka mencuba. Ditambah, kalau nak fikir apa kata orang terhadap saya, memang tak boleh nak melangkah ke manalah dalam karier ini.

Ujar Shiha lagi, apa yang pasti dia lebih senang membiarkan saja semua tanggapan dan kritikan orang lain dan hanya fokus melakukan apa yang disukainya kerana bukan mudah untuknya sampai ke tahap sekarang.

Shiha layak menang

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Shiha di atas kemenangannya semalam. Menurut netizen, Shiha layak memenangi semua kategori yang dipertandingkan. Tambah netizen, bukan senang untuk melihat ‘muka baru’ memenangi Anugerah Meletop. Shiha turut berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong kariernya selama ini.

Sumber: MyBuzz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×